Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

245) PENGAIRAN DAN SALIRAN

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah dan kawasan saliran atau perparitan di bawah agensi yang diselia oleh JPS dan IADA dalam kawasan pengairan Barat Laut dengan terperinci.

    Untuk makluman Yang Berhormat, berikut adalah panjang parit dan terusan di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor:-

     

    Bil. Jenis Saliran Panjang

    (m)

    1. Parit 661,834
    2. Terusan 29,500
  2. Apakah status terkini menggantikan palong yang baharu serta nyatakan tempoh masa untuk menukar keseluruhan panjang palong sawah sepanjang 156km dan 374.87km kepada yang baharu?

    Untuk makluman Yang Berhormat, panjang keseluruhan penggantian palong sawah di Kawasan Pengairan Pasir Panjang, Daerah Sabak Bernam adalah sepanjang 42.08km. Perincian dan status projek tersebut adalah seperti berikut:-

     

    Bil. Tajuk Kos

    (RM)

    Tarikh Mula

    Tarikh Siap

    Status
    1. Projek Menaiktaraf Taliair Konkrit dan Sistem Saliran Pertanian di Skim Pengairan Barat Laut Selangor, Kawasan Pengairan Pasir Panjang, Daerah Sabak Bernam, Selangor. 10,250,000.00

    (kos yang diluluskan dalam RMK12 hanya melibatkan pengambilan Balik Tanah)

    Peringkat Perancangan dan Reka Bentuk Serta Lantikan Perunding

     

    Projek oleh BPSP, KPKM bagi penentuan jajaran, pengukuran dan pengambilan balik tanah

     

    Tempoh masa: 4 Tahun

    (Tempoh masa adalah bergantung kepada tempoh proses pengambilan tanah, reka bentuk proses perlantikan kontraktor dan pelaksanaan kerja fizikal)

     

    Maklumat Tambahan:

     

    Panjang taliair konkrit (palong) di bawah seliaan JPS Negeri Selangor = 376.33km

    • Panchang Bedena Barat = 41.32km
    • Panchang Bedena Timur = 45.98km
    • Bagan Terap 1 = 43.50km
    • Bagan Terap 2 = 43.14km
    • Sungai Nipah = 52.01km
    • Pasir Panjang = 42.08km
    • Sungai Leman = 59.80km
    • Sekinchan = 48.50km
  3. Bagaimana kolam takungan di bancanal parit 4 Sungai Haji Dorani (SHD) diselenggarakan untuk memastikan ia berfungsi dengan baik?

    Untuk makluman Yang Berhormat, kolam takungan di Terusan Utama Parit 4 Sungai Haji Dorani adalah diselenggara sepenuhnya oleh IADA Barat Laut.

Lampiran

Tiada Lampiran.