Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

301) PENGAIRAN DAN SALIRAN

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini Projek Struktur Kawalan Saliran dan Pasang Surut di kawasan pengairan Barat Laut, Sabak Bernam yang menelan belanja RM6,000,000.00?

    Untuk makluman, Kerajaan Persekutuan melalui Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian (BPSP) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM6 juta untuk melaksanakan Projek Struktur Kawalan Saliran dan Pasang Surut di Kawasan Pengairan Barat Laut, Sabak Bernam. Perincian dan status projek tersebut adalah seperti berikut:-

  2. Berapa ramai pegawai yang ditugaskan bagi menyelia 578 kunci air serta nyatakan kawasan/tempat kunci air yang tiada pegawai menyelia?

    Untuk makluman Yang Berhormat, JPS Negeri Selangor mempunyai seramai 131 orang penjaga kunci/ pintu air bagi memantau dan mengawal selia 328 buah pintu air di seluruh Negeri Selangor. Seorang penjaga pintu air perlu menjaga antara satu (1) hingga tiga (3) pintu air di kawasan yang berdekatan. Berikut adalah perincian pintu air di setiap Daerah:-

Lampiran

Tiada Lampiran.