Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
228) PENGAIRAN DAN SALIRAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa jumlah kunci air di kawasan sawah yang boleh digunakan dan jumlah yang telah rosak?
Untuk makluman, terdapat 578 kunci air yang terdiri daripada pelbagai jenis dan fungsi bagi tujuan pengairan. Sehingga kini, kesemua kunci air tersebut berada dalam keadaan baik dan sedang beroperasi. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor akan sentiasa melaksanakan kerja-kerja pembaikan kunci air dari semasa ke semasa. Maklumat kunci air adalah seperti jadual berikut:-
Bil. Jenis Kunci Air
Keterangan
1. Constant Head Orriface (CHO) · Berfungsi untuk mengawal kemasukan air dari terusan utama ke taliair/ palong. · Bilangan struktur: 133 buah
2. Check · Berfungsi untuk mengawal air dalam taliair mengikut zon kawasan penanaman sawah upstream dan downstream. · Bilangan struktur: 177 buah
3. Drainage Control (DC) · Berfungsi untuk penstabilan paras air parit pembuangan selaras dengan agihan paras air dalam petak sawah. · Bilangan struktur: 241 buah
4. Drainage End Control (DEC) · Berfungsi untuk membuang air yang disalurkan dari parit-parit pembuangan melalui pintu DC ke parit pembuangan utama untuk dibuang ke laut melalui Pintu Kawalan Pasang Surut (TCG). · Bilangan struktur: 27 buah
-
Senaraikan kunci air yang dalam proses tersebut serta perinciannya :
1) Proses pembinaan
2) Proses reka bentuk
3) Dalam proses kajianBerikut adalah projek kunci air di Daerah Sabak Bernam yang dilaksanakan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor:-
Proses Pembinaan (1 projek)
Bil. Tajuk Kos (RM)
Tarikh Mula –
Tarikh Siap
Status 1. Projek Membina, Membekal, Memasang dan Mengujijaya Pintu Air, Kerja-Kerja Elektrikal Serta Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan di Pintu Air Sungai Besar, Daerah Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan 3,294,932.00 8.12.2020 –
7.12.2022
Siap Proses Reka Bentuk (1 projek)
Bil. Tajuk Kos (RM)
Tarikh Mula –
Tarikh Siap
Status 1. Projek Struktur Kawalan Saliran dan Pasang Surut di Kawasan Pengairan Barat Laut, Sabak Bernam Kual Selangor, Selangor 6,000,000.00 (Kini sedang dalam proses kemaskini kos terakhir)
– Dalam proses Pengemaskinian Terakhir Reka Bentuk Jangkaan Tender Pada Sukuan Pertama Tahun 2024
Dalam Proses Kajian
JPS Negeri Selangor melalui JPS Daerah Sabak Bernam dalam perancangan untuk melaksanakan Projek Pintu Air di Balai Polis Sekinchan, Daerah Sabak Bernam dan pelaksanaan kajian keseluruhan kepentingan projek tersebut.
-
Berapakah kepanjangan palong sawah di Kuala Selangor dan Sabak Bernam serta nyatakan tempoh jangka hayat palong tersebut?
Untuk makluman, panjang palong sawah di bawah seliaan JPS Daerah Kuala Selangor dan JPS Daerah Sabak adalah masing-masing sepanjang 156km dan 374.87km. Palong tersebut akan diselenggara sebanyak dua (2) kali dalam tempoh setahun berdasarkan musim pengairan.
Bagaimanapun, kerja-kerja baikpulih kerosakan palong berdasarkan aduan yang diterima akan dilaksanakan terlebih dahulu sebelum musim pengairan bermula bagi memastikan sistem pengairan berfungsi dengan baik.
Jangka hayat palong adalah bergantung kepada jenis konkrit yang digunakan. Kebiasaannya jangka hayat palong adalah lebih kurang 25 tahun.