Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
47) PENGAGIHAN ZAKAT
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah dijangka jumlah pendapatan zakat pada tahun ini?
Bagi tahun 2010, pihak Pengurusan Lembaga Zakat Selangor (MAIS) telah
mensasarkan kutipan Zakat berjumlah RM300 juta di mana RM15 juta disumbang dari
Zakat Fitrah dan RM285 juta disumbang oleh Zakat Harta. Bagi bilangan pembayar
pula, pihak pengurusan mensasarkan bilangan pembayar seramai 170,000 -
Berapa jumlah dijangkakan bagi pengagihan zakat terhadap orang fakir dan Miskin?
Agihan zakat asnaf dan fakir miskin dijangkakan sebanyak RM100 juta dan agihan pada
bulan Ramadan adalah RM19 juta. -
Berapakah jumlah mereka yang menerima faedah dari pengagihan zakat berkenaan?
Asnaf fakir dan miskin sahaja dianggarkan melebihi 20 ribu keluarga dan asnaf lain lebih ramai.