Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
56) PENEROKAAN TANAH SECARA HARAM
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah tangkapan yang dilakukan kerajaan negeri kepada peneroka tanah secara haram di Selangor pada tahun 2014?
Tiada tangkapan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri kepada peneroka tanah secara haram di Selangor pada tahun 2014. Walau bagaimanapun, Pentadbir Tanah mengambil tindakan seperti meroboh atau memusnahkan struktur bangunan atau tanaman sekiranya terdapat pencerobohan atau penerokaan tanah secara haram selaras dengan Seksyen 426A, Kanun Tanah Negara (KTN) 1965.
-
Apakah tindakan yang dikenakan kepada peneroka tanah secara haram jika didapati bersalah?
Merujuk kepada Seksyen 425, KTN 1965, jika disabitkan kesalahan, pesalah akan dikenakan denda yang tidak melebihi RM10,000.00 atau di penjara untuk satu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.