Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

261) PENEROKAAN DAN PENGELUARAN TANAH MERAH DI SEMPADAN KG BUKIT KAPAR DAN BUKIT KERAYONG 2

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah apa-apa kebenaran dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Klang?

    Pejabat Daerah/Tanah Klang telah menerima permohonan pengeluaran tanah merah oleh pengusaha di tapak tersebut dan dalam tindakan Pejabat Daerah/Tanah Klang.  Bagi memastikan tiada pengalihan bahan batuan secara tidak sah, PDT Klang telah menjalankan rondaan secara berkala dari masa ke semasa.

  2. Bagaimanakah dipastikan rizab jalan tersebut tidak diceroboh?

    Setiap permohonan permit bahan batuan (tanah merah) perlu mengemukakan pelan tapak yang terlibat dan Pejabat Daerah/Tanah Klang akan mendapatkan ulasan daripada Jabatan Teknikal seperti JPS, MPK & JKR sebelum kelulusan bagi memastikan tiada sebarang pencerobohan di atas rizab jalan.

  3. Bagaimanakah status banjir lumpur akibat terokaan ini?

    Sehingga kini, Pejabat Daerah/Tanah Klang tiada menerima aduan mengenai banjir lumpur akibat penerokaan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.