Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

191) PENEROKA JALAN PAPAN, PANDAMARAN

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan status isu peneroka Jalan Papan, Pandamaran.

    Pihak pemaju telah membawa kes ini ke Mahkamah untuk mengeluarkan setinggan untuk pembinaan dimulakan. Pihak pemaju masih menunggu tarikh perbicaraan kes pengurusan daripada pihak Mahkamah yang dijangka pada bulan November 2022. Pemaju akan meneruskan pembinaan setelah kes Mahkamah selesai dan setelah semua setinggan berpindah keluar.

  2. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri jika pemaju enggan memajukan?

    Pihak pemaju memaklumkan akan memulakan pembinaan setelah kes Mahkamah selesai.

Lampiran

Tiada Lampiran.