Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

31) PENEROKA BANDAR (SETINGGAN)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri dulu telah memberikan bayaran ganti rugi sebanyak RM7000 kepada para peneroka Bandar (setinggan) yang dipindahkan melalui 'Setinggan Sifar', tetapi bayaran ini ditarik balik apabila para peneroka Bandar mempertikaikan pengimplementasian polisi 'Setinggan Sifar " dan pengusiran paksa di Mahkamah . Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk membayar semula ganti rugi tersebut kepada mereka yang telah dinafikannya?

    Bayaran RM7,000.00 kepada setinggan yang dibanci oleh Pihak Berkuasa
    Tempatan (PBT) bukanlah bayaran ganti rugi oleh Kerajaan Negeri terdahulu
    kepada setinggan. Bayaran tersebut merupakan subsidi bayaran rumah kos
    rendah yang dibeli oleh setinggan iaitu daripada harga RM42,000.00 kepada
    RM35,000.00 seunit. Tanggungan subsidi rumah kos rendah tersebut juga
    adalah ditanggung oleh pemaju atau tuan tanah tersebut dan bukannya dibayar
    oleh Kerajaan Negeri. Subsidi rumah kos rendah tersebut akan ditarik semula
    sekiranya setinggan membawa kes ke mahkamah dan keputusan memihak
    kepada pemilik tanah. Walau bagaimanapun, pertimbangan akan diberikan
    semula kepada setinggan tersebut sekiranya mereka menarik semula kes pada
    peringkat awal iaitu sebelum mahkamah memutuskan sebarang keputusan ke
    atas kes tersebut.

  2. Apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengelakkan PBT menggunakan Ordinan Darurat , 1969 untuk melaksanakan pengusiran paksa ?

    Jawapan untuk soalan ini disediakan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang
    Negeri Selangor

  3. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk menyediakan perumahan kos rendah yang mencukupi agar para peneroka Bandar ( setinggan ) dapat membelinya pada masa terdekat ?

    Dasar Kerajaan Negeri telah menetapkan agar semua pemaju yang
    membangunkan tanah dalam kawasan majlis perbandaran melebihi 10 ekar
    dikehendaki memperuntukkan 20 peratus (%) rumah kos rendah di atas tapak projek mereka. Tiada pemaju yang diberi pengecualian pembinaan rumah kos rendah memandang masih terdapat permintaan dan keperluan jenis rumah tersebut di Negeri Selangor terutama dalam kawasan Lembah Klang. Pemaju juga dikehendaki membina terlebih dahulu rumah kos rendah berbanding jenis rumah kos lain sekiranya didapati terdapat setinggan di atas tanah mereka. Ini disebabkan pemaju bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah penempatan setinggan di atas tapak mereka. Sehubungan itu, peneroka bandar (setinggan) pada masa terdekat ini masih boleh membeli unit rumah kos rendah yang dibina oleh pemaju sarna ada yang telah ditawarkan kepada mereka atau mana-mana projek rumah kos rendah yang berhampiran dengan penempatan mereka sebelum unit-unit sedia ada ditawarkan kepada setinggan lain atau orang awam yang berkelayakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.