Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

114) PENERIMA KISS

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah penerima KISS yang telah diberhentikan apabila penjajaran semula dibuat?

    Kerajaan Negeri telah membuat proses pengemaskinian maklumat penerima-penerima Program KISS bermula 15 Jun 2019 hingga 15 Julai 2019 yang bertujuan untuk memastikan manfaat program ini diterima oleh golongan yang benar-benar layak dan memerlukan. Dalam tempoh berkenaan penggunaan kad KISS telah dibekukan dan setelah proses pengemaskinian selesai, penerima KISS yang tersenarai di dalam sistem eKasih atau senarai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) boleh menggunakan kad KISS dan terus menikmati manfaat program ini. Sehingga 19 Julai 2019 terdapat 27,986 orang penerima telah diberhentikan daripada menerima manfaat Program KISS.

  2. Antara mereka yang diberhentikan, berapakah mempunyai pendapatan kurang daripada RM2000? Sila beri pecahan mengikut DUN.

    Setelah proses pengemaskinian selesai, didapati seramai 2,770 orang penerima sedia ada yang mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM2,000.00 telah diberhentikan dari menerima manfaat Program KISS yang terdiri daripada :

    1. Layak tetap melebihi kuota : 1,312 orang
    2. Layak tetapi telah meninggal dunia : 41 orang
    • Tidak tersenarai di dalam sistem eKasih/BSH : 1,395 orang
    1. Tidak menepati kriteria pendapatan : 22 orang

     

    Manakala pecahan penerima sedia ada (pendapatan isi rumah di bawah RM2,000.00) mengikut DUN pula adalah seperti berikut:-

     

    BIL DEWAN UNDANGAN NEGERI PENDAPATAN ISI RUMAH BAWAH RM2,000.00 (ORANG)
    1. N01 SUNGAI AIR TAWAR 134
    2. N02 SABAK 80
    3. N03 SUNGAI PANJANG 16
    4. N04 SEKINCHAN 17
    5. N05 HULU BERNAM 16
    6. N06 KUALA KUBU BAHARU 24
    7. N07 BATANG KALI 66
    8. N08 SUNGAI BURONG 169
    9. N09 PERMATANG 121
    10. N10 BUKIT MELAWATI 79
    11. N11 IJOK 20
    12. N12 JERAM 14
    13. N13 KUANG 91
    14. N14 RAWANG 43
    15. N15 TAMAN TEMPLER 27
    16. N16 SUNGAI TUA 151
    17. N17 GOMBAK SETIA 22
    18. N18 HULU KELANG 27
    19. N19 BUKIT ANTARABANGSA 38
    20. N20 LEMBAH JAYA 30
    21. N21 PANDAN INDAH 15
    22. N22 TERATAI 17
    23. N23 DUSUN TUA 18
    24. N24 SEMENYIH 84
    25. N25 KAJANG 47
    26. N26 SUNGAI RAMAL 23
    27. N27 BALAKONG 18
    28. N28 SERI KEMBANGAN 14
    29. N29 SERI SERDANG 22
    30. N30 KINRARA 22
    31. N31 SUBANG JAYA 16
    32. N32 SERI SETIA 34
    33. N33 TAMAN MEDAN 132
    34. N34 BUKIT GASING 2
    35. N35 KAMPUNG TUNKU 6
    36. N36 BANDAR UTAMA 2
    37. N37 BUKIT LANJAN 24
    38. N38 PAYA JARAS 66
    39. N39 KOTA DAMANSARA 37
    40. N40 KOTA ANGGERIK 22
    41. N41 BATU TIGA 26
    42. N42 MERU 140
    43. N43 SEMENTA 34
    44. N44 SELAT KLANG 6
    45. N45 BANDAR BARU KLANG 15
    46. N46 PELABUHAN KLANG 417
    47. N47 PANDAMARAN 21
    48. N48 SENTOSA 8
    49. N49 SUNGAI KANDIS 40
    50. N50 KOTA KEMUNING 34
    51. N51 SIJANGKANG 12
    52. N52 BANTING 16
    53. N53 MORIB 22
    54. N54 TG SEPAT 44
    55. N55 DENGKIL 72
    56. N56 SUNGAI PELEK 27
    57. N/A 30
      JUMLAH KESELURUHAN 2,770

    (Sumber data dari Selcare Management Sdn Bhd)

    Hasil semakan dari jumlah berkenaan mendapati penerima asal Program KISS ini tidak menepati kriteria dan syarat-syarat kelayakan baru selain berpendapatan bulanan isi rumah bawah RM2,000.00 sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri seperti berikut:-

    1. Berdaftar sebagai pemohon Bantuan Sara Hidup (BSH) dibawah kategori pendapatan bawah RM2000.00 atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pengkalan data eKasih;

     

    1. Warganegara Malaysia;

     

    • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi tempoh 10 tahun;

     

    1. Wanita Berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/ tanggungan dibawah umur 21 tahun; dan

     

    1. Berpendapatan bulanan seisi rumah di bawah RM2,000.00

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.