Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

310) PENERIMA BINGKAS DUN DENGKIL

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kriteria bagi penerima bantuan BINGKAS dan siapa yang meluluskan permohonan ini?

    Kriteria yang telah ditetapkan bagi bantuan BINGKAS adalah seperti berikut:

    • Warganegara Malaysia;
    • Pemilih berdaftar di Selangor;
    • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
    • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah; dan
    • Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah.

    Pihak yang dipertanggungjawab memberikan kelulusan kepada pemohon BINGKAS adalah PKM DUN dan Penyelaras DUN masing-masing.

  2. Berapakah jumlah penerima bantuan BINGKAS di DUN Dengkil setakat Januari 2025?

    Jumlah penerima bantuan BINGKAS sedia ada di DUN Dengkil setakat Januari 2025 adalah seramai 625

Lampiran

Tiada Lampiran.