Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
42) PENERIMA BANTUAN KISS
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan bilangan penerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) bagi tahun 2018, mengikut DUN.
Jumlah bilangan penerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) sehingga 16 November 2018 adalah seperti di Lampiran.
-
Senaraikan bilangan ibu tunggal daripada keseluruhan bilangan penerima bantuan KISS.
Sebagai makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, data softcopy yang diperolehi daripada Pejabat Dewan Negeri Selangor atau Pusat Khidmat Masyarakat tidak mengklasifikasikan mengikut status perkahwinan. Walau bagaimanapun, maklumat ini sedang diselenggara secara manual dan data yang lengkap akan dikemaskini.
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memberi sokongan yang lebih kepada golongan ibu tunggal yang didaftarkan dalam skim bantuan KISS?
Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) tidak hanya menumpukan kepada sesetengah golongan seperti ibu tunggal atau lain-lain. Manfaat program KISS ini adalah diberikan kepada ibu-ibu yang mempunyai keluarga yang kurang berkemampuan untuk membuat pembelian barang keperluan keluarga demi mendepani kos dan beban sara hidup yang semakin meningkat.
Kini, Kerajaan Negeri sedang membuat penelitian terhadap semua program IPR termasuk Program KISS untuk ditambahnilai kepada program empowerment supaya penerima IPR mampu berdikari dan mengurangkan sikap kebergantungan berterusan terhadap Kerajaan Negeri melalui program-program kemahiran yang akan disediakan.