Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
17) PENERBITAN JEJAK ILMUWAN SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Usaha untuk merakyatkan ilmu dan ilmuwan telah dilaksanakan antara lain dengan menerbitkan majalah Jejak Ilmuwan Selangor. Apakah matlamat dan sasaran penerbitan Jejak Ilmuwan Selangor?
- Matlamat penerbitan Jejak Ilmuwan Selangor adalah untuk memperluaskan lagi penyebaran maklumat dan informasi yang berkaitan tentang program-program atau aktiviti di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor. Selain itu ia juga adalah di antara usaha untuk mempromosi program jejak Ilmuwan sendiri, di mana melalui program ini Ilmuwan akan ditonjolkan di kalangan
-
Siapakah yang menjadi sasaran Jejak Ilmuwan Selangor?
- Golongan sasar bagi majalah Jejak Ilmuwan ini adalah kepada rakyat Negeri Selangor daripada pelbagai lapisan masyarakat, antaranya pelajar, ibu bapa, pendidik , pelajar IPT, dan
-
Apakah hubungan penerbitan Jejak Ilmuwan Selangor dengan program SPIES yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri?
- Hubungan di antara SPIES dan penerbitan Jejak Ilmuwan antaranya adalah, SPIES juga adalah merupakan di antara Program di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor. Selain itu Jejak Ilmuwan adalah di antara program yang menjana perkembangan intelektual rakyat Negeri Selangor, yang mana pembangunan intelektual ini adalah merupakan sebahagian daripada elemen utama di dalam model Pembangunan Modal Insan Negeri