Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

2) PENERBITAN AKHBAR SELANGORTIMES

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah perancangan Kerajaan terhadap permintaan menerbitkan semula Akhbar SelangorTimes ?

    Akhbar Selangor Times merupakan Akhbar inisiatif swasta yang disokong kerajaan negeri. Ketika ini Kerajaan Negeri Selangor sedang dalam proses menyusun semula peranan yang dimainkan oleh media yang dikendalikan sendiri oleh pihak Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri Selangor sedang membuat penelitian dan perincian mengenai semua saluran komunikasi Kerajaan Negeri termasuklah akhbar Selangor Times. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri bersedia untuk memberi apa jua pertimbangan bagi menambah baik saluran komunikasi sedia ada kepada rakyat.

     

  2. Sila nyatakan apakah perancangan Kerajaan terhadap permintaan menerbitkan semula Akhbar SelangorTimes ?

    Sama seperti di SUB (a)

  3. Sila nyatakan sejauh manakah keberkesanan sebaran maklumat yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri ?

    Sebaran maklumat kerajaan Negeri Selangor disebarkan menerusi pelbagai medium media sama ada secara atas talian, televisyen ataupun akhbar.

    Kerajaan Negeri turut memiliki agensi berita khusus iaitu Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB) untuk memastikan maklumat mengenai Selangor direkod dan disebarluas kepada rakyat. Sebaran maklumat juga dilaksanakan melalui kerjasama pihak ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Jawatankuasa Masjid dan Surau di seluruh negeri Selangor.

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut menyalurkan maklumat terus kepada Ahli Dewan Negeri, Penyelaras DUN dan ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan untuk memastikan maklumat dan program terkini Kerajaan Negeri disebarkan dan dimaklumkan hingga ke akar umbi rakyat.

Lampiran

Tiada Lampiran.