Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
241) PENEMPATAN WARGA ASING YANG TIDAK TERKAWAL DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri terhadap warga asing ini?
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Selangor sentiasa memberi perhatian serius berhubung isu penempatan warga asing terutamanya penempatan haram yang diwujudkan oleh warga asing di seluruh Negeri Selangor termasuklah Dun Kajang. Di peringkat JIM Negeri Selangor, tindakan penguatkuasaan yang berterusan sentiasa dilaksanakan berdasarkan aduan-aduan awam yang telah diterima berhubung dengan penempatan haram ini. JIM Negeri Selangor juga menggalakkan orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat berhubung dengan penempatan haram warga asing bagi membenteras penempatan haram ini yang boleh menggugat keselamatan rakyat dan negara.
JIM Negeri Selangor sentiasa memberikan kerjasama dan menyokong segala tindakan yang diambil oleh Pihak kerajaan Negeri dalam menangani isu penempatan warga asing terutamanya yang melibatkan penempatan haram.