Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
176) PENEMPATAN SEMULA RUMAH IBADAT
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu menempatkan semula rumah ibadat yang sedang menduduki tanah Kerajaan ?
Antara inisiatif Kerajaan Negeri di dalam membantu menempatkan semula rumah ibadat yang sedang menduduki tanah kerajaan adalah dengan meneliti permohonan untuk mewartakan tanah Kerajaan yang diduduki atau berhampiran yang sesuai sebagai tapak rumah-rumah ibadat. Selain itu, Kerajaan Negeri mensyaratkan pihak pemaju kawasan perumahan baru untuk menyediakan tapak rumah ibadat di kawasan-kawasan pembangunan perumahan baru bagi tujuan
-
Adakah Kerajaan Negeri masih mengeluarkan Lesen Menduduki Sementara kepada rumah ibadat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan?
Kerjaan Negeri tidak lagi mengeluarkan Lesen Menduduki Sementara kepada rumah ibadat sebaliknya kebenaran menduduki kawasan / tanah akan dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam sebelum diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk mendapatkan kelulusan pewartaan tanah kepada Rumah-rumah
-
Apakah bantuan yang telah diberikan kepada rumah ibadat?
Kerajaan Negeri telah memberikan bantuan kewangan kepada bangunan keagamaan selain Islam di Negeri Selangor berdasarkan tujuan permohonan:-
- Bagi tujuan pendidikan keagamaan dan pembelian peralatan bagi tujuan mengadakan kelas-kelas agama boleh mengecualikan syarat bahawa pemohon mesti mempunyai status tanah yang
- Bagi tujuan baik pulih bangunan keagamaan sedia ada dan sumbangan bagi tujuan pemindahan bangunan keagamaan yang dirobohkan perlu mematuhi syarat bangunan keagamaan yang berdaftar Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau mempunyai status tanah yang
- Bantuan diberikan hanya untuk tujuan pengurusan rumah ibadat dan bukannya bertujuan untuk pembesaran rumah ibadat.
Pecahan peruntukan mengikut jenis rumah ibadat tahun 2008 – 2013 :
BIL.
TAHUN
TOKONG (RM) KUIL (RM)
GEREJA (RM) GUDWARA (RM) JUMLAH PERUTNUKAN (RM) 1. 2008 1,029,950.00 1,749,950.00 197,000.00 0.00 2,976,900.00 2. 2009 1,291,500.00 2,528,500.00 809,500.00 128,000.00 4,757,500.00 3. 2010 999,500.00 2,054,000.00 302,000.00 120,000.00 3,475,500.00 4. 2011 1,432,490.00 1,826,500.00 653,000.00 10,000.00 3,921,990.00 5. 2012 2,240,000.00 2,760,000.00 382,500.00 110,000.00 5,492,500.00 6. 2013 1,445,000.00 1,262,500.00 369,500.00 70,000.00 3,147,000.00