Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

193) PENEMPATAN PEKERJA ASING

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah penempatan pekerja asing disyaratkan dalam kelulusan Kebenaran Merancang pembinaan industri baru?

    1. Secara amnya, penyediaan penempatan untuk pekerja kilang telah disentuh dalam Garis panduan Perancangan Pekerja Kilang yang diterbitkan oleh JPBD Semenanjung Malaysia pada 1997. Di Negeri Selangor, Garis panduan ini telah diluluskan pemakaiannya pada 5 Ogos 1997. Dasar-dasar perancangan pembangunan perumahan pekerja kilang adalah seperti berikut :

     

    1. Industri yang beroperasi di Negara ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu industri kecil, sederhana dan

     

    • Industri kecil boleh memuatkan lebih kurang 8-10 unit setiap 0.4 hektar (satu ekar) dan pada kadar 5 pekerja / unit yang boleh menampung 150 orang pekerja bagi setiap 1.2 hektar (3 ekar) ; dan

     

    • Bagi industri sederhana dan besar memerlukan kawasan yang lebih luas dari industri kecil iaitu melebihi 4 hektar (10 ekar) untuk menampung lebih daripada 150 orang

     

    Berasaskan kriteria di atas, kawasan industri yang dizonkan hendaklah tidak kurang daripada 8 hektar (20 ekar) untuk membolehkan 10 hingga

    20 peratus kawasan di peruntukkan bagi pembangunan perumahan pekerja kilang berasaskan ukuran 1 unit domitari sama dengan 18.58 meter persegi (200 kaki persegi) ‘twin sharing concept’. Ini tidak termasuk keperluan rekreasi di mana saiznya adalah mengikut komponen yang disediakan.

     

     

    1. Setiap kawasan yang dizonkan untuk pembangunan industri disyaratkan menyedia kemudahan perumahan pekerja berdasarkan saiz pekerja masing-masing.

     

    • Kemudahan perumahan jenis ‘bedsitter’ hendaklah dibangunkan bagi memenuhi keperluan pekerja-pekerja yang tidak berkeluarga (‘single worker’) dan tidak membawa ahli keluarga. Tiga jenis ‘bedsitter’ telah dikenal pasti yang boleh dibina iaitu:

     

    • Bangunan yang mempunyai banyak bilik dengan kemudahan tempat masak yang berasingan dan dikongsi bersama ;

     

    • Bangunan yang mempunyai bilik-bilik yang dilengkapi dengan kemudahan memasak; dan

     

    • Asrama dengan kemudahan dewan makan atau kantin. Pilihan konsep adalah berasaskan kesesuaian dan kemampuan institusi- institusi industri untuk

     

    1. Perancangan pembangunan perumahan pekerja di dalam kawasan industri hendaklah diintegrasikan dengan taman

     

    • Dalam merancang tempat tinggal bagi pekerja-pekerja kilang ini, empat prinsip perancangan berikut hendaklah diambil kira iaitu:

     

    • Keselamatan dan kesesuaian;

     

    • Kesihatan mental dan fizikal;

     

    • Kemudahan sosial yang mencukupi yang dapat   menjamin keutuhan akhlak dan meningkatkan ilmu; dan

     

    • Bersih dan indah

     

    Pihak pengurusan taman-taman industri perlu merancang satu kawasan khas dalam kompleks perindustriannya untuk dijadikan hostel, ’bedsitter’ atau rumah pangsa pekerja kilang yang lengkap dengan kemudahan sosial dan keperluan-keperluan asas yang sesuai.

     

    Dalam konteks Penyediaan asrama pula, panduan mengenai penyediaannya pula adalah berasaskan kepada Garis Panduan Pekerja Kilang seperti mana termaktub dalam Piawaian Perancangan Kawasan Perindustrian dan dasarnya adalah seperti berikut:-

     

    1. Asrama pekerja didefinisikan sebagai premis yang digunakan sebagai tempa tinggal pekerja kilang;

     

    1. Penyediaan asrama pekerja boleh dipertimbangkan bagi industri yang mempunyai 30 peratus daripada pekerja-pekerja asing dan bukan penduduk tempatan

     

    • Kawasan perindustrian baru yang berkeluasan 8 hektar (20 ekar) dan lebih dibolehkan untuk membina asrama pekerja dan 15 peratus daripada kawasan industri dibenarkan untuk asrama;

     

    1. Ketinggian dan anjakan bangunan tidak boleh melebihi had ketinggian yang di tetapkan bagi kawasan

     

    • Anjakan bangunan menghadap jalan – 6m (20 kaki) minimum atau ‘road buffer’ yang mana lebih besar ; dan

     

    • Anjakan tepi dan belakang – 2.3m (7.5 kaki) minimum untuk bangunan yang ketinggiannya tidak melebihi 3 tingkat dan 6m (20 kaki) untuk bangunan yang ketinggiannya di antara 3 – 5

     

    1. Lokasi kawasan asrama perlulah di luar daripada zon penampan;

     

    1. Kepadatan pembangunan bagi asrama adalah di dalam lingkungan 250 penghuni / ekar;

     

    • Kemudahan yang perlu disediakan ialah dewan makan, pejabat, pondok pengawal, surau dan kemudahan rekreasi;

     

    • Penukaran fungsi serta pengubahsuaian bangunan yang telah sedi ada Kepada fungsi kediaman (asrama) adalah seperti berikut:

     

    a.                  Lokasi

    Kedudukan bangunan asrama mestilah di luar kawasan penampan ‘physical/greenery’ yang ditetapkan

     

    b.                  Susun Atur Bangunan

    Perlu diasingkan daripada aktiviti-aktiviti perindustrian.

     

    c.                  Jumlah Pekerja

    Jumlah   pekerja    yang   dibenarkan   untuk   menduduki   sesuatu Bangunan asrama tidak melebihi 500 orang.

     

    d.                  Kemudahan awam/sosial

    Kemudahan yang perlu disediakan perlulah mematuhi syarat Seperti perancangan perumahan pekerja-pekerja kilang.

     

    Untuk makluman dewan yang mulia ini, syarat-syarat penyediaan penempatan pekerja-pekerja asing dalam kebenaran merancang, adalah mengikut pertimbangan Pihak Berkuasa Tempatan setelah mengambil kira kesesuaian kawasan, saiz kawasan industri dan keperluan-keperluan teknikal lain sebagaimana mengikut garis panduan yang telah disediakan

  2. Adakah larangan atau kebenaran penempatan mereka di kawasan kediaman penduduk tempatan?

    1. Mengikut Garis panduan Perancangan semasa, penyediaan kediaman pekerja sama ada hostel, bedsitter atau rumah pangsa pekerja kilang hendaklah disediakan di satu kawasan khas dalam kompleks perindustrian yang dilengkapi dengan kemudahan sosial dan keperluan – keperluan asas yang

     

    Berhubung dengan larangan mengenai penempatan mereka di kawasan penduduk Tempatan, dari segi perancangan belum ada dasar yang jelas yang berkaitan dengan perkara ini. Namun demikian,PBT mungkin boleh menggunakan peraturan-peraturan dan kuasa yang  dibenarkan  untuk mengawal selia dan menyekat kacau ganggu di kawasan kediaman penduduk tempatan oleh pekerja asing.

  3. Adakah kajian atau laporan gejala sosial pelacuran, arak, dadah dan jenayah kesan daripada penempatan warga asing ini di Meru?

    1. Dengan merujuk kepada pihak PDRM Kontinjen Selangor tidak ada membuat kajian atau laporan terhadap gejala sosial seperti pelacuran,arak,dadah dan jenayah,akibat dari penempatan warga asing Meru. Namun begitu terdapat kejadian jenayah seperti kes samun,pecah rumah,curi kenderaan,pergaduhan sesama sendiri sehingga mendatangkan kecederaan serta kesalahan melibatkan Akta Imigresen yang melibatkan warga asing seramai 30

     

Lampiran

Tiada Lampiran.