Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

149) PENEMPATAN ORANG ASLI DALAM HUTAN SIMPAN KEKAL (HSK)

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2008, muka surat 63: ÒPada pendapat Audit, penempatan Orang Asli di kawasan HSK adalah tidak memuaskan kerana JPNS tidak dapat mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 32 Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 1993Ó. Tidak terdapat ulasan daripada Jabatan dalam Memorandum Laporan Ketua Audit Negara 2008 Selangor. Berapakah anggaran penduduk Orang Asli yang terbabit dalam HSK berkenaan?

    Jumlah Penduduk Orang Asli yang terlibat sebanyak 12 buah Kampung  adalah  seramai 2,460 orang

    1. KOA Donglai Baru Semenyih Ulu Langat ( Pemindahan dari empangan Panson)
    2. KOA Genting Peras Semenyih, Ulu Langat
    3. KOA Gabai Ulu Langat
    4. KOA Ulu Panson Ulu Langat
    5. KOA Kuala Perdik Ulu Langat
    6. KOA Sg. Rasau Puchong Petaling
    7. KOA Pertak Hulu Selangor
    8. KOA Gerachi Hulu Selangor ix) KOA Buloh Telor Hulu Selangor
    9. KOA bt. 13 Sg. Buloh Gombak
    10. KOA Bt. 16 Jalan Pahang Gombak
    11. KOA Bkt. Legong Mukim Batu Gombak
    12. KOA Sg. Relang Gombak
  2. Apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh Jabatan bagi mengurangkan masalah penempatan Orang Asli di HSK seluruh Selangor?

    Jabatan pernah memohon kawasan tersebut supaya diwartakan di bawah Seksyen 7 Akta 134 (Akta Orang Asli)  kepada kerajaan Negeri.

  3. Apakah program-program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah tersebut?

    Tindakan Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.