Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

198) PENEMPATAN DESA EHSAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bantuan-bantuan yang diberikan kepada penghuni penempatan Desa Ehsan di Kampung Simpang Tiga Jeram?

     Sekiranya penghuni di penempatan Desa Ehsan merupakan asnaf fakir dan miskin yang berdaftar dengan LZS, maka mereka turut menerima bantuan zakat sebagaimana asnaf fakir dan miskin yang lain bergantung kepada keperluan keluarga masing-masing. Antara bantuan yang diterima termasuklah bantuan kewangan dan makanan bulanan, bantuan pendidikan, bantuan ekonomi dan bantuan Hari Raya.

  2. Siapakah yang layak menduduki penempatan Desa Ehsan berkenaan?

    Mereka yang terpilih untuk menghuni di penempatan Desa Ehsan, terdiri daripada asnaf fakir dan miskin LZS atau peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang telah menjalani temuduga oleh jawatankuasa pemilihan yang diwujudkan. Jawatankuasa tersebut terdiri daripada LZS, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sehingga kini, terdapat 6 buah keluarga asnaf fakir dan 23 buah keluarga asnaf miskin yang tinggal di penempatan itu.

  3. Berapa lamakah seseorang penghuni dibenarkan mendiami penempatan Desa Ehsan?

    Untuk makluman, LZS hanya bertanggungjawab menguruskan asnaf fakir dan miskin di penempatan Desa Ehsan. Oleh itu, LZS tiada maklumat tentang tempoh penghuni dibenarkan mendiami penempatan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.