Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

217) PENEMPATAN BELIA B40 YANG MENDAPAT PEKERJAAN DI BANDAR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menyediakan penempatan bagi belia B40 luar bandar yang mendapat pekerjaan di bandar?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap kesejahteraan golongan belia B40, khususnya yang berasal dari luar bandar dan berkerja di bandar. Seiring dengan komitmen kerajaan untuk menyediakan perumahan mampu milik, program Rumah Selangorku menjadi salah satu inisiatif utama dalam menyediakan penempatan yang selesa dan berpatutan. Bagi golongan belia B40 yang mendapat pekerjaan di bandar, Kerajaan Negeri telah meluluskan Dasar Rumah Selangorku 3.0 yang telah berkuatkuasa pada 03 Januari 2023 kepada golongan sasaran mengikut komponen pembangunan seperti Jenis Solo, Duo, Trio dan Quad dengan harga bermula pada RM 114,750.00 sehingga RM 250,000.00 seunit dengan memperluas akses kepada rumah yang  berdekatan dengan kawasan pekerjaan, dan kemudahan infrastruktur. Walau bagaimanpun, pembangunan bagi projek di bawah Dasar ini masih belum dilaksanakan memandangkan Kerajaan Negeri masih lagi meneliti dalam pelaksanaan program ini kepada orang awam khususnya kepada golongan B40.

    Manakala, bagi belia yang tidak mampu untuk membuat pembelian bagi permohonan Rumah Selangorku disarankan untuk menyewa di bawah Skim Smart Sewa dengan kadar sewaan yang minima berbanding harga pasaran dan pemulangan sebanyak 30% daripada jumlah sewaan yang dibayar apabila mereka tidak lagi tinggal di unit berkenaan untuk tempoh minima selama dua (2) tahun dan maksima selama lima (5) tahun. Dengan pengembalian semula wang sewaan sebanyak 30% kepada pemohon selama tempoh simpanan tersebut bolehlah bayaran tersebut dijadikan sebagai sebahagian daripada wang pendahuluan dalam pembelian Rumah Selangorku pada masa akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.