Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

184) PENEMPATAN BARANG-BARANG BENCANA BANJIR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah Kerajaan Negeri Selangor akan mengkaji semula penempatan barang-barang logistik mangsa banjir yang ada sekarang? Ianya perlu di susun semula bukan hanya disimpan di satu tempat sahaja.

    Tempat penyimpanan barang-barang keperluan asas mangsa bencana di negeri Selangor setakat ini adalah di Depot Simpanan Keperluan Bencana (DSKB) Sg Buloh, 11 stor Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dan 1 pangkalan hadapan di Pulau Ketam, Klang.

    JKM kini telah mengenalpasti dan akan mengemaskini PPS yang bersesuaian di setiap daerah untuk dijadikan sebagai pangkalan hadapan bagi penempatan barang-barang keperluan asas mangsa bencana. Penempatan barang-barang keperluan mangsa bencana ini akan dibuat dibeberapa pangkalan hadapan yang dikenal pasti berdekatan dengan kawasan risiko bencana atau mudah terputus hubungan

Lampiran

Tiada Lampiran.