Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

159) PENDUDUK FLAT SRI PERANTAU MASIH TIDAK MEMILIKI GERAN RUMAH

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Flat Sri Perantau teleh didiami oleh penduduk lebih dari 18 tahun lebih tetapi sehingga hari ini penduduk masih tidak memiliki geran terhadap rumah yang mereka beli walaupun ada yang telah habis membayar rumah mereka.dimaklumkan juga flat tersebut tiada status tanah dan hak milik srata.apakah langkah langkah yang di ambil oleh pihak Kerajaan Negeri bagi membantu penduduk untuk memiliki rumah yang di beli.apakah inisiatif yang dijalankan setakat ini?

    Tuan Speaker,

     

    RINGKASAN ISU PEMILIKAN TANAH :

     

    1. Mesyuarat EXCO MTES Bil. 13/2001, telah mengarahkan PKNS untuk membangunkan Lot 9803, Kg. Seri Perantau yang merupakan tanah milik Perbadanan Aset Keretapi (PAK) ini bagi menyelesaikan isu penempatan semula setinggan.
    2. Proses permohonan hakmilik tanah oleh PKNS bermula pada 24 Oktober 2002 dan telah selesai sepenuhnya pada 3 Julai 2020. Kelewatan berlaku kerana masalah di pihak Perbadanan Aset Keretapi (PAK) selaku pemilik asal tanah tersebut yang memerlukan pelbagai peringkat kelulusan sehingga ke Kabinet, selain isu kehilangan dokumen hakmilik asal.
    3. PKNS telah menerima 2 hakmilik bagi 12 blok pangsapuri Seri Perantau pada 3 Julai 2020 seperti berikut:

    H.S (D) 164411 PT 1229 – (Blok A-F)

    H.S (D) 164412 PT 1230 – (Blok G-H)

    1. Ini bermakna isu hakmilik tanah bagi Pangsapuri Seri Perantau telah selesai. Selepas hakmilik ini diperolehi barulah proses permohonan hakmilik strata dapat dilaksanakan.

     

    INISIATIF YANG TELAH DIJALANKAN :

    Perjumpaan bersama dengan YB Dato’ Teng Chang Khim (Penyelaras Dun Selat Klang), Ahli Majlis N44B, PKNS, COB MPK, PTG Selangor, Pejabat Tanah Daerah Klang, JUPEM Selangor dan Wakil Persatuan Penduduk Seri Perantau bagi memastikan setiap pihak jelas mengenai skop tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam melancarkan urusan tadbir urus bagi mempercepatkan urusan Hakmilik Strata dikeluarkan.

     

    Mesyuarat pertama telah dibuat pada November 2021 di Bilik Mesyuarat Beringin Tingkat 4 Bangunan SSASS Shah Alam

    Agenda :

    • Hakmilik Tanah
    • Hakmilik Strata

    HAKMILIK TANAH

    Hakmilik tanah telah diperolehi pada Julai 2020 dan dirancangkan kepada 2 sempadan lot Perbadanan Pengurusan (MC) seperti :

     

    1. PT 1229 berkeluasan 6.81 ekar melibatkan 6 Blok dari Blok A hingga F di mana setiap blok mempunyai 128 petak. Jumlah keseluruhan petak adalah 768 petak dan diletakkan sebagai MC 1.

     

    1. PT 1230 berkeluasan 7.71 ekar melibatkan 6 Blok dari Blok G hingga L di mana setiap blok mempunyai 148 petak. Jumlah keseluruhan petak adalah 888 petak dan diletakkan sebagai MC 2.

     

    HAKMILIK STRATA

    1. Proses permohonan Hakmilik Strata telah bermula pada bulan Ogos 2020 selepas mendapatkan hakmilik tanah pada Julai 2020.
    2. Perkembangan terkini adalah proses menukar Hakmilik Sementara (QT) kepada Hakmilik Kekal (FT) pada 24 Jan 2022 di Pejabat Tanah Daerah Klang dan dijangka akan diperolehi pada bulan April 2022.
    3. Apabila proses pendaftaran hakmilik kekal selesai didaftarkan di PTD Klang, proses seterusnya adalah :
    • Permohonan CPSP di JUPEM Selangor
    • Permohonan pecah bahagi dan pendaftaran hakmilik strata di PTG
    • Pendaftaran Hakmilik Strata di PTG

    4. Jangkaan Pendaftaran Hakmilik Strata selesai pada Ogos 2022 dan akan dimaklumkan kepada pemilik-pemilik petak untuk membuat proses pindahmilik.

Lampiran

Tiada Lampiran.