Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

120) PENDUDUK DESA SUBANG PERMAI U6 – JALAN ALTERNATIF KE KILANG-KILANG

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah pelan cadangan keluar masuk akan dimuktamadkan?

    MBSA telah melantik perunding bagi kerja-kerja menaiktaraf jalan alternatif dari Jalan Subang Permai U6/1 ke Jalan Pekan Subang, Seksyen U6, Shah Alam pada 7 Februari 2022. Sehubungan itu, pihak perunding dalam proses menyediakan pelan cadangan jalan alternatif dan mesyuarat bersama jabatan teknikal luaran dan dalaman MBSA serta pemilik tanah akan diadakan pada bulan Mac 2022.

  2. Berapakah jumlah lot yang terlibat dan berapa ramaikah pemilik telah bersetuju secara rasmi untuk serahan tanah tesebut?

    Sebanyak 20 lot yang terlibat dengan serahan tanah tersebut dan semua pemilik tanah pada dasarnya bersetuju dengan cadangan ini memandangkan jalan tersebut dibina untuk kemudahan jalan keluar masuk ke premis mereka sahaja tetapi tertakluk dengan kelebaran minimum tanah pemilik perlu serahkan.

  3. Apakah masalah besar (jika ada) untuk memastikan jalan tersebut selesai dibina sebelum akhir 2022?

    Isu yang utama adalah memastikan semua pemilik tanah menyerahkan sebahagian tanah untuk pelebaran jalan selebar 30 kaki kerana sebahagian tanah tersebut melibatkan perobohan sebahagian bangunan sediada dan penyediaan anjakan bangunan minima.

    Di samping itu, ulasan daripada pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor mewajibkan penyediaan Laporan TIA dan RSA yang akan mengambil masa dan kos yang perlu ditanggung oleh Majlis. Pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor juga dimohon untuk memberikan kelonggaran syarat dalam penyediaan jalan tersebut memandangkan jalan tersebut dibina untuk kegunaan kenderaan biasa dan kenderaan bagi penyelenggaraan sungai sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.