Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

149) PENDUDUK DESA KASIH

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk memberi status hak milik kepada penempatan Penduduk Desa Kasih di Sabak Bernam?

    Sebarang cadangan pemberian hakmilik bagi Penduduk Desa Kasih di Sabak Bernam perlu diteliti dengan mendalam dan perlu mengambil kira kriteria-kriteria dan syarat-syarat seperti berikut:

     

    1. Tanah yang diduduki berstatus tanah Kerajaan;
    2. Tiada sebarang perancangan atau pembangunan ke atas tapak tersebut;
    3. Mempunyai rizab jalan dan rizab parit yang mencukupi;
    4. Tidak termasuk dalam lingkungan 50 meter daripada rizab sungai atau rizab parit;
    5. Rumah hendaklah didiami oleh penghuni asal yang ditetapkan oleh Pejabat Daerah dan bukan disewakan oleh penghuni tanpa kebenaran;
    6. Tiada halangan daripada jabatan-jabatan teknikal yang terlibat;
    7. Tertakluk kepada syarat-syarat pemberimilikan dalam Pekeliling PTGS Bilangan 3 Tahun 2020.
  2. Adakah usaha untuk memindahkan mereka yang tinggal di kawasan berstatus rezab sementara?

    Setakat ini belum ada cadangan pemindahan bagi penduduk yang tinggal di kawasan berstatus rezab sementara pada masa ini memandangkan ketiadaan tapak penempatan baru yang bersesuaian serta peruntukan yang tinggi sekiranya ingin dipindahkan.

  3. Adakah penduduk yang dipindahkan akan diberi tapak baru untuk membina penempatan baru?

    Tiada sebarang cadangan pemindahan penduduk atau pembinaan penempatan baru pada masa ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.