Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
76) PENDOKUMENTASIAN RIWAYAT HIDUP ULAMA RAKYAT YANG BERKHIDMAT DENGAN SULTAN DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan ada rancangan untuk mendokumentasikan riwayat hidup ulama yang berkhidmat sebagai penasihat Raja-Raja dan kerabat Sultan di Selangor?
PADAT tiada perancangan bagi perkara tersebut.
-
Senaraikan bahan-bahan dalam bentuk catatan sahih aktiviti ulama di dalam istana.
PADAT tidak mempunyai bahan-bahan dalam bentuk catatan sahih aktiviti ulama di dalam istana.
-
Senaraikan ulama dan guru-guru yang mengajar Al-Quran dan kitab-kitab kuning di Selangor.
Senarai ulama dan guru-guru yang mengajar al-Quran dan kitab-kitab kuning boleh dilihat melalui laman web JAIS di www.jais.gov.my yang berjumlah 2071. Di antara ulama dan guru-guru yang mengajar al-Quran dan kitab-kitab kuning ialah:
- Saibudin bin Ahmad
- Mohd Nor bin Yusoff
- Haji Abd Rahim bin Ellah
- Muhammad bin Deraman
- Tolos bin Ab. Halim
- Wahab @ Abdul Wahab bin Ayob
- Yusoff bin Mohamed
- Yahya bin Mohd Razi
- Zaini binti Harun
- Jamaludin bin Hj. Ahmad