Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

241) PENDIDIKAN TINGGI UIS

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Selepas dinaik taraf, apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu UIS?

    Kerajaan Negeri Selangor secara berterusan membantu UIS semenjak sebelum dinaiktaraf sebagai sebuah universiti lagi dengan pelbagai inisiatif sesuai dengan keperluan semasa serta kedudukan kewangan Kerajaan Negeri antaranya:

     

    1. Meluluskan peruntukan Pemerkasaan dan Pembangunan Institusi Pengajian Tinggi di bawah Kerajaan Negeri Selangor berjumlah RM5 Juta untuk tahun 2023 bagi keperluan menaik taraf kemudahan dan infrastruktur yang terdapat di UIS bagi memastikan kemudahan ini mampu berada pada tahap optimum dan memastikan proses pembelajaran dapat dijalankan secara komprehensif dengan persekitaran yang kondusif.
    2. Kerajaan Negeri Selangor juga menempatkan pegawai-pegawai kanan di beberapa jawatankuasa tadbir urus UIS bagi membantu UIS menjalankan tadbir urus dengan lebih baik dan sistematik.
    3. Kerajaan Negeri turut menyediakan peruntukan bagi program-program pengajian formal dan tidak formal sepanjang tahun mengikut keperluan, Program Bandar Ilmu Putra Mahkota yang melibatkan pelbagai pihak termasuk komuniti, program-program berkaitan akademik dan bukan akademik seperti Program Geran Penyelidikan Negeri Selangor dan sebagainya.
  2. Berapakah jumlah peruntukan tahunan untuk pengurusan yang disalurkan untuk UIS mulai tahun 2021?

    Tiada peruntukan untuk pengurusan yang disalurkan untuk UIS mulai tahun 2021.

  3. Berapakah jumlah pelajar UIS yang menerima biasiswa/ pinjaman pendidikan Kerajaan Negeri Selangor mulai 2021?

    Pelajar Universiti Islam Selangor telah menerima / mendapatkan beberapa biasiswa / pinjaman pendidikan Kerajaan Negeri Selangor seperti berikut:

     

    1. Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS)
    2. Tabung Pendidikan Anak-Anak Syarikat Dan Badan-Badan Berkanun Kerajaan Negeri Selangor (TPASBB)
    3. Pinjaman Kerajaan Negeri Selangor
    4. Yayasan Selangor

     

    Laporan biasiswa / pinjaman pendidikan Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.