Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

38) PENDIDIKAN TINGGI DI SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang menjadikan Unisel sebagai Universiti Awam (UA) dalam usaha menjadikan Selangor sebagai sebuah hab pendidikan tinggi yang berprestij di Malaysia?

    UNISEL

    Universiti Selangor (UNISEL) adalah Universiti pertama yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri. Walaupun UNISEL dianggap sebagai Institut Pengajian Tinggi swasta oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, tetapi UNISEL adalah IPTS milik kerajaan Negeri Selangor.

    UNISEL amat mengalu-alukan sekiranya pihak Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan UNISEL sebagai Universiti Awam (UA). Pihak UNISEL bersedia mematuhi semua syarat yang ditetapkan bagi memenuhi kriteria sebagai sebuah Universiti Awam.

    A&P

    Universiti Selangor (UNISEL) merupakan universiti pertama yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 1999. UNISEL merupakan sebuah Institut Pengajian Tinggi Negeri yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Walau bagaimanapun, berhubung perancangan untuk menaik taraf UNISEL sebagai universiti awam negara perlu dikaji dan disemak semula bagi memastikan kriteria yang ditetapkan oleh KPT dipenuhi dan kepentingan sebagai universiti di bawah Kerajaan Negeri terpelihara dan manfaat kepada anak Negeri Selangor terjaga.

  2. Apakah pendekatan Kerajaan Negeri untuk menggalakkan lepasan SPM di Selangor memilih TVET sebagai laluan pendidikan tinggi mereka?

    Pelbagai usaha dan inisiatif telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor bagi menarik minat graduan lepasan SPM untuk meneruskan pengajian mereka dalam bidang teknikal dan vokasional (TVET) antaranya:

     

    • Menawarkan program-program di bawah Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) di Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) yang menekankan ekosistem latihan kemahiran yang berorentasikan industri iaitu Pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Program IKTISASS ini boleh menjadi asas persediaan dan melengkapkan integrasi kemahiran bagi lepasan SPM dalam meningkatkan kemahiran dengan kadar kebolehpasaran yang tinggi mengikut bidang kemahiran tersebut. Syarat kemasukan bagi program ini juga dipermudahkan bagi menggalakkan lepasan SPM mengikuti pengajian dalam bidang yang disukai tanpa memerlukan syarat kelulusan yang tinggi;

     

    • Terdapat juga Program Kemahiran Profesional di bawah IKTISASS yang ditawarkan kepada mereka yang layak. Program ini dilaksanakan dengan kolaborasi bersama beberapa syarikat dan institusi antarabangsa antaranya Siemens.Ins, Apple.Inc, FESTO, Technical University of Munich (TUM) dan sebagainya. Program ini menjurus kepada permindahan teknologi dengan memberi fokus kepada industri teknologi digital dan pembuatan termaju melalui pembangunan inkubator industri bagi memacu transformasi Revolusi Industri Keempat (IR4.0) dan pendidikan industri. Pelaksanaan program ini bertujuan menggalakkan anak muda untuk mempelopori bidang baru di peringkat pengajian tinggi dan membantu penyediaan tenaga kerja dalam bidang yang berkaitan;

     

    • Bagi menarik minat anak-anak muda menyertai bidang TVET ini, Kerajaan Negeri juga telah menetapkan syarat yang sangat minima bagi kursus-kursus TVET Kampus Kuala Selangor di peringkat SKM iaitu 3M (Membaca, Menulis dan Mengira);

     

    • Menyediakan pembiayaan di bawah peruntukan pembangunan (P01-Program IKTISASS) bagi membantu mengurangkan beban kewangan pelajar daripada kategori B40 dan M40 melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran TVET ini; dan

     

    • Tahun 2024 mensasarkan satu kerjasama baharu bersama Siemens iaitu Pembangunan Aplikasi Mendix di Netherlands yang memberi penekanan kepada pembinaan aplikasi tanpa jujukan pengkodan kompleks bagi pengurusan streamline, kawalan visual dan pengesanan kualiti. Selain itu, satu kerjasama dengan KNX Brussels, Belgium juga akan diteroka memandangkan KNX merupakan pelopor teknologi bagi aplikasi Building Automation.

Lampiran

Tiada Lampiran.