Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
228) PENDIDIKAN PRA-SEKOLAH
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah bentuk bantuan-bantuan yang dijanjikan kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil di nurseri dan pra-sekolah?
Pelaksanaan program bantuan kepada anak kecil di nurseri dan pra-sekolah sedang dalam kajian untuk dilaksanakan dalam Fasa III atau IV pada tahun hadapan.
-
Apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap pusat pendidikan pra-sekolah yang dibina di atas tanah kerajaan dan apakah tindakan yang akan diambil?
Kerajaan Negeri mengamalkan pendekatan terbuka dan keutamaan diberikan dari segi menyediakan kemudahan pendidikan pra-sekolah untuk rakyat yang dibina di atas tanah kerajaan atas asas berikut:
- Dipohon oleh pihak berwajib (jabatan-jabatan kerajaan seperti KEMAS) bagi penempatan di atas tanah kerajaan secara teratur dan Kerajaan Negeri akan memberi pertimbangan untuk pemberimilikan tanah tersebut berdasarkan kesesuaian tapak dipohon.
- Dipohon oleh mana-mana NGO terbabit dan permohonan akan dipertimbangkan mengikut kes tertentu berdasarkan ulasan oleh jabatan-jabatan teknikal dan kesesuaian tapak dipohon
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menyelaraskan kurikulum pembelajaran anak-anak di pra-sekolah?
Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 22 Oktober 2009 telah menolak soalan ini.