Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
279) PENDIDIKAN PRA SEKOLAH
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah jabatan, agensi atau GLC kerajaan negeri menyediakan pendidikan pra sekolah di seluruh Selangor?
Jabatan, agensi atau GLC Kerajaan Negeri tidak menyediakan program pendidikan pra sekolah secara langsung.
-
Berapakah peruntukan dana untuk pendidikan pra sekolah dan bagaimana ia diagihkan?
Peruntukan dana yang disediakan untuk pendidikan pra sekolah pada tahun 2014 adalah berjumlah Ringgit Malaysia Tiga Juta (RM 3 juta) dan diagihkan melalui program Bantuan Skim TUNAS yang dibayar kepada TADIKA yang berdaftar di bawah MPTS.
-
Apakah pendekatan dan silibus pembelajaran pra sekolah yang dibantu?
Pendekatan dan silibus pembelajaran pra sekolah adalah tertakluk kepada silibus yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan di bawah kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan (KSPK) dan pendekatan modul oleh TADIKA dan pra sekolah melalui jabatan dan organisasi masing-masing.
Kerajaan Negeri melalui MPTS juga sedang merangka satu modul pendidikan awal kanak-kanak dengan menerapkan nilai dan elemen SPIES di dalam modul tersebut.