Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

251) PENDIDIKAN PELAJAR-PELAJAR ANAK SELANGOR DI TIMUR TENGAH, MAGHRIBI DAN JORDAN

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah dasar Kerajaan Negeri untuk menghantar pelajar-pelajar bagi tujuan meneruskan pengajian ke negara-negara tersebut?

    Merujuk kepada Minit MMKN Ke 32/2018, Jabatan Agama Islam Selangor dan Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan mengkaji semula penghantaran pelajar tajaan Kerajaan Negeri ke Mesir susulan daripada bilangan pelajar Malaysia yang terlalu ramai di sana dan menyebabkan kesukaran pengurusan, pemantauan dan penyaluran kebajikan pelajar daripada pihak Kerajaan Negeri.

  2. Adakah program peduli Timur Tengah akan diteruskan?

    Kerajaan Negeri Sedang mengkaji cadangan penjajaran dan pemurnian dasr bagi program-program bantuan pendidikan di bawah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor. Ini adalah termasuk program Peduli Siswa Timur Tengah yang merangkumi Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor dan Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara. Kerajaan Negeri berhasrat untuk meneruskan program- program tersebut dengan pemurnian dasar bermula pada tahun 2019.

  3. Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk membeli bangunan baru bagi tujuan penginapan pelajar-pelajar Selangor di negara-negara tersebut?

    Kerajaan Negeri masih dalam pertimbangan untuk meneliti keperluan bagi membeli bangunan baru di Timur Tengah

Lampiran

Tiada Lampiran.