Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

187) PENDIDIKAN MENENGAH AGAMA DI SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap pendidikan menengah agama di Selangor?

    Buat masa ini kerajaan tidak bercadang untuk menambah SAM,SAMT dan MITS yang baru. Tapi dalam masa yang sama Kerajaan Negeri sedang memperkasa serta meperhebatkan  Kelas KAFA Menengah (KKM) di Masjid dan SRA terpilih sejak tahun 2013 bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap pendidikan menengah agama di negeri Selangor.

  2. Berapakah jumlah terkini pelajar dan guru sekolah menengah di sektor pendidikan persendirian?

    Berdasarkan data SIMPENI berakhir 31 Disember 2023, jumlah terkini pelajar dan guru sekolah menengah di sektor pendidikan persendirian adalah seperti berikut :

    – Jumlah Guru : 3,310

    – Jumlah Murid : 24,587

     

    Perincian adalah seperti berikut:

     

    1. Sekolah Menengah Islam Integrasi (SMI)

    – Guru : 641

    – Pelajar : 5,186

     

    1. Maahad Tahfiz

    – Guru: 2,566

    – Pelajar: 18,404

     

    1. Pondok

    – Guru: 103

    – Pelajar: 997

Lampiran

Tiada Lampiran.