Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

183) PENDIDIKAN KHAS

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan dan usaha kerajaan dalam menyediakan kemudahan pendidikan khas untuk golongan OKU di negeri Selangor?

    JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SELANGOR

     Dalam menyediakan kemudahan pendidikan khas untuk golongan OKU, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) bagi memberi peluang kepada OKU untuk mendapat pendidikan secara tidak formal namun menepati kehendak pendidikan untuk semua di mana pembelajaran di PDK juga meliputi pembelajaran pengurusan diri, aktiviti 3M (membaca, menulis dan mengira) dan juga aktiviti ko kurikulum berdasarkan tahap dan keupayaan OKU. Pada masa ini terdapat 45 buah PDK di seluruh Selangor yang memberi manfaat kepada 2500 OKU terutama OKU masalah pembelajaran.

    Selain itu, bagi OKU yang boleh mengikuti pembelajaran secara formal, mereka akan ditempatkan di sekolah-sekolah kerajaan sama ada sekolah pendidikan khas, mengikuti program inklusif atau sekolah integrasi.

  2. Berapakah bantuan/peruntukan yang telah / akan digunakan NGO dan institusi swasta yang mengusahakan pemulihan dan pendidikan khas?

    Bagi yang menjalankan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), bantuan peruntukan kewangan adalah ditanggung oleh kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat yang merangkumi bayaran sewa premis mengikut kadar sewa atau sebanyak maksimum RM3,000.00 sebulan, bayaran elaun Penyelia sebanyak RM1,200.00 sebulan termasuk KWSP, bayaran elaun Petugas PDK sebanyak RM800.00 sebulan termasuk KWSP, bayaran utiliti sebanyak RM500.00 sebulan dan juga bayaran elaun pelatih PDK sebanyak RM150.00 sebulan berdasarkan bilangan pelatih.

    Bagi NGO dan institusi swasta yang mengusahakan pemulihan dan pendidikan khas, hendaklah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, permohonan peruntukan kewangan apabila diluluskan meliputi geran pentadbiran sebanyak RM5,000.00 setahun, geran rangsum sebanyak RM18.00 sehari berdasarkan bilangan penghuni dan juga bayaran elaun khas murid OKU sebanyak RM150.00 sebulan.

Lampiran

Tiada Lampiran.