Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

198) PENDIDIKAN KEMAHIRAN SEPANJANG HAYAT

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri dapat memastikan alat bantu mengajar TVET serta perkakasannya cukup dan selari dengan industri?

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited dalam memastikan infrastruktur dan fasiliti bantu mengajar di pusat- pusat pengajian Kerajaan Negeri adalah kondusif serta memenuhi keperluan pelajar dan industri. Secara purata, Kerajaan Negeri memperuntukkan hampir RM10 Juta pada setiap tahun bagi dua (2) komponen utama pembangunan pendidikan kemahiran seperti berikut:

     

    BIL PROGRAM PURATA PERUNTUKAN
    1 Menaik Taraf Infrastruktur Dan Fasiliti RM 3.5 Juta
    2 Pembangunan Modul Pengajian RM 6.5 Juta
      JUMLAH RM10 Juta
  2. Apakah kaedah yang digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan infrastruktur yang digunakan releven dengan kehendak industri?

    Kerajaan Negeri melalui Selangor Technical Skill Development Center (STDC) sentiasa mengadakan sesi semakan semula dengan pihak- pihak yang mengawal selia silibus latihan yang ditawarkan antaranya Jabatan Tenaga Kerja (JTK) bagi silibus program-program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi memastikan silibus yang diajarkan kepada pelatih adalah yang terkini dan relevan dalam industri setelah tamat pengajian kelak. Selain daripada silibus, pihak JTK juga akan memastikan infrastruktur dan fasiliti yang diguna pakai di pusat-pusat latihan TVET seperti STDC adalah dalam keadaan baik, terkini dan relevan dengan kegunaan industri dengan penyelenggaraan berkala.

    Selain daripada itu, kerjasama juga diadakan dengan pihak industri yang mengeluarkan sijil profesional seperti Apple Inc., Siemens, Festo, Dassault Systemes dan Technical University of Munich (TUM). Melalui program ini, pihak industri akan berkongsi modul program terkini mengikut keperluan pasaran yang tinggi yang boleh diguna pakai di industri utama dalam dan luar negara. Kerjasama ini telah dimeterai dalam Memorandum Persefahaman (MoU) yang dijalankan dan mengadakan lawatan penanda aras ke negara-negara yang berkaitan untuk melihat sendiri keberhasilan modul yang diguna pakai di STDC.

Lampiran

Tiada Lampiran.