Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

150) PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH NEGERI SELANGOR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah JAIS mempunyai perancangan untuk membina Sekolah Rendah Agama (SRA) baru dalam DUN Semenyih?

    Pembinaan Sekolah Rendah Agama (SRA) baharu ada dalam perancangan JAIS iaitu sebanyak dua (2) buah SRA baharu akan dibina di Daerah Hulu Langat. Kedua-dua projek pembangunan sekolah ini berada dalam senarai RMK-12 yang akan dibawa ke RMK-13 sebagai projek sambungan dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM30,000,000.00 bagi 1 sekolah.

  2. Dimanakah lokasi yang dicadangkan untuk pembinaan SRA baru ini?

    Lokasi dua (2) buah Sekolah Rendah Agama (SRA) baru ini adalah di Bandar Teknologi Kajang dan di Rinching Tengah.

  3. Berapa lamakah tempoh masa yang diambil bagi menjayakan projek ini?

    Tempoh pembinaan bagi projek Sekolah Rendah Agama (SRA) akan bermula setelah pemilihan kesesuaian tapak dan pemilikan tanah diselesaikan.

Lampiran

Tiada Lampiran.