Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

11) PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH NEGERI SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan serta komitmen Kerajaan Negeri terhadap keperluan Institusi Pendidikan Islam di Peringkat Sekolah Menengah di Negeri Selangor bagi menampung permohonan serta permintaan yang tinggi dari masyarakat seluruh Selangor?

    Buat masa ini Kerajaan Negeri belum bersedia menimbangkan untuk menambah Sekolah Agama Menengah (SAM/ SAMT) disebabkan SAM/SAMT merupakan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Guru-guru adalah lantikan KPM. Penambahan sekolah baru akan turut memberi kesan kepada KPM.

    Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri akan cuba mengenalpasti mana-mana sekolah yang boleh dibuat penambahan kemasukan murid dengan mewujudkan asrama dan bangunan tambahan.

    Selain itu, JAIS turut menawarkan pendidikan agama Islam di peringkat sekolah menegah melalui program Kelas KAFA Menengah (KKM) yang ketika ini dilaksanakan di 27 buah premis Sekolah Rendah Agama (SRA) dan masjid atau surau terpilih.

    Senarai KKM di seluruh negeri Selangor adalah seperti LAMPIRAN 1.

Lampiran

Tiada Lampiran.