Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

190) PENDIDIKAN ISLAM

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah kesesakan murid di SRA Kampung Kuala Pajam?

    Tapak KAFAI An-Najah adalah tanah milik pemaju (Agenda Istimewa Sdn. Bhd.) Pada asalnya pemaju berhasrat untuk membuat bangunan KAFA di tanah miliknya itu tetapi mengubah perancangan untuk menggunakan tanah tersebut untuk tujuan komersial. Pemaju bersedia menjadi pihak yang menyumbang kepada pembangunan fizikal sekolah KAFAI An-Najah di lokasi tanah milik JAIS di kawasan tersebut namun masih belum memuktamadkan jumlah sumbangan yang akan disumbang. Pertemuan antara JAIS dengan pemaju akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan mengenai perkara ini.

  2. Apakah langkah jangka pendek yang diambil untuk mengurangkan kesesakan?

    Terdapat beberapa buah sekolah yang boleh memenuhi keperluan pendidikan di kawasan penduduk setempat iaitu

    1. SRA Bandar Rinching
    2. KAFAI Bandar Rinching
    3. KAFAI Mustaqim , Bandar Rinching
    4. KAFAI Al-Kauthar, Bandar Tasek Kesuma
    5. Pembinaan SRA Rinching Tengah juga telah dimasukkan dalam RMK 12 bagi menampung keperluan pendidikan penduduk setempat.
  3. Adakah rancangan pembinaan sekolah baru telah diluluskan?

    Tiada perancangan pembangunan sekolah ini daripada JAIS kerana Sekolah KAFA atau KAFAI adalah sekolah persendirian yang diwujudkan dan didirikan oleh individu atau pihak-pihak dan pengurusan dan kewangan sekolah diurus oleh Jemaah Pengurusan Sekolah. JAIS hanya membantu membekalkan guru KAFA dan buku teks di sekolah tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.