Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
205) PENDIDIKAN DI SRA/ KAFA NEGERI SELANGOR DENGAN PERTAMBAHAN PENDUDUK/ RAKYAT BERAGAMA ISLAM DAN KEPERLUAN YANG MENINGKAT DI SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM DI SELANGOR. INI DIBUKTIKAN DENGAN DATA PENINGKATAN SETIAP TAHUN PADA PERUNTUKAN MENGURUS (B14) JAIS
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah unjuran dibuat menangani keperluan ini dari segi bilik darjah, jumlah sekolah dan guru?
Bagi setiap kelas jumlah murid adalah maksimum 45 orang, sekiranya murid melebihi 45 orang pihak sekolah akan mewujudkan tambahan kelas bergantung kepada kekosongan kelas yang ada. Jumlah guru bagi satu sekolah adalah berdasarkan bilangan jumlah kelas serta tambahan dua orang guru sebagai pentadbir.
-
Jika ada, berapakah peratus pertambahan yang dibuat dalam belanjawan negeri?
Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan berjumlah RM113,357,200.00 kepada Bahagian Pendidikan Islam pada tahun 2024 bagi tujuan pembayaran emolumen guru-guru, penyelenggaraan dan pembaikan kecil, bayaran utiliti, perkhidmatan dan kontraktual dan perbelanjaan program-program di sekolah JAIS. Peruntukan yang diterima pada tahun 2024 adalah 11.25% lebih tinggi berbanding peruntukan yang diterima pada tahun 2023. Ini berikutan pertambahan bilangan guru KAFA, kenaikan gaji tahunan khas (KGT), kenaikan tariff air dan elektrik serta kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).