Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
53) PENDIDIKAN DAN MODAL INSAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk membina lebih banyak lagi sekolah agama Menengah dan Maahad Integrasi di setiap daerah?
Kerajaan Negeri belum bercadang menambah bilangan Sekolah Agama Menengah (SAM) Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bercadang akan membina sebuah Maahad Intregrasi Tahfiz (MITS) bagi setiap daerah dan penubuhannya bergantung kepada kelulusan peruntukan emolumen tenaga pengajar, peruntukan makan murid- murid, bangunan sekolah, buku teks, pengawal keselamatan, pencuci bangunan & pembersih kawasan, kenderaan dan Pada masa ini telah ada 3 buah Maahad Integrasi Tahfiz Kerajaan Negeri Selangor iaitu MITS Kuala Langat, MITS Klang dan MITS Sabak Bernam.
-
Berapa banyak Program Modal Insan yang telah dilaksanakan sepanjang 2013 dan apakah petunjuk pencapaian hasil program yang dijalankan?
Di bawah Jabatan Agama Islam Selangor, sebanyak 46 program telah dijalankan dengan kekerapan keseluruhan sebanyak 131 kali dari Januari hingga Oktober 2013 seperti ditunjukkan perincian di Lampiran A. Kebanyakan program ini dibuka kepada masyarakat awam tanpa memerlukan pendaftaran. Tiada petunjuk yang jelas bagi menggambarkan prestasi pencapaian hasil program tersebut. Walau bagaimanapun, kehadiran bagi keseluruhan program adalah memberangsangkan dan jabatan mendapat respon yang positif dari para peserta berdasarkan borang maklum balas dan permintaan penganjuran program dari pelbagai
Di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan pula, sebanyak 273 program SPIES (Spiritual, Physical, Intellectual, Emotion, Social) telah dijalankan dari Januari hingga November 2013, melibatkan seramai 19,157 orang peserta dengan perincian seperti dalam Lampiran B. Manakala petunjuk pencapaian hasil program yang dijalankan adalah seperti berikut:
Jawatankuasa di bawah portfolio modal Insan telah mempunyai tenaga penggerak (Enablers) untuk melaksanakan program pembudayaan SPIES dalam masyarakat (Program SPIES D’Village) dan dalam organisasi (Program SPIES D’Organisasi)
- Mempunyai Ahli Briged Amal (Remaja dan Belia) yang merupakan produk SPIES seramai 3,974 bermula Januari sehingga Oktober 2013;
- Wujud kerjasama dan penyertaan peserta dalam program susulan pembudayaan SPIES dalam masyarakat dan organisasi;
- Wujud Sekretariat SPIES D’village dan Sekretariat SPIES D’organisasi yang telah melibatkan DUN / jabatan ( Melawati – DUN Hulu Klang, Kampung Delek – DUN Selat Klang, Pelabuhan Klang, Morib, Sijangkang, Sri Muda, Andalas dan Meru. Manakala Sekretariat SPIES D’Organisasi telah melibatkan Pejabat Daerah Sepang, Kuala Langat, Petaling dan Gombak;
- Bengkel Hala tuju pembangunan D’Organisasi fokus kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor; dan
- Melahirkan 75 orang Tenaga Pengajar (TOT) SPIES di masjid dan surau di Negeri
SENARAI KEKERAPAN PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN DI BAWAH JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
JANUARI – OKTOBER 2013
BIL. PROGRAM / AKTIVITI KEKERAPAN 1. Roadshow Menyingkap Isu-isu Akidah Umat Islam Negeri Selangor (RISAU) 10 kali 2. Ceramah Perdana “Menyingkap Isu-isu Akidah Umat Islam Negeri Selangor 1 kali 3. Muzakarah NGO’s Islam 1 kali 4. Forum Perdana Ehwal Islam Warga Industri 2 kali 5. Program Maulid Akbar 1 kali 6. Program Santai Bersama Belia 5 kali 7. Program Ziarah Sahabat Hospital 6 kali 8. Program Team Sukarelawan Islam 4 kali 9. Program Bedah Buku 3 kali 10. Kursus Asas Fasilitator (TOT) 3 kali 11. Program Rehlah Rohani Dan Kepimpinan 2 kali 12. Kursus Latihan Nuqaba’ dan Imamah Negeri Selangor 2 kali 13. Muzakarah Intitusi / Badan Islam Industri 1 kali 14. Program Forum Perdana Sempena Sambutan 5 Tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor 1 kali 15. Program Ziarah Ukhuwah Saudara Baruku 3 kali 16. Program Explorasi Rohani 2 kali 17. Program Santai Ustaz Azhar Idrus Bersama Mat Rempit 1 kali 18. Program Mukhayyam Indahnya Menjadi Insan Murabbi 2 kali 19. Kursus Lanjutan Fasilitator (TOT) 3 kali 20. Program ‘The Best Qiadah Team’ 2 kali 21. Program Pemantapan Pembimbing Pengurusan Jenazah 2 kali 22. Program Kem Jiwa Taqwa 1 kali 1
23. Program Rakan Muda Dakwah 1 kali 24. Kursus Pembinaan Team Dai’e Warga IPT 1 kali 25. Program Pemantapan Ibadah Warga Industri 7 kali 26. Program Kem Bestari Smart Solat 1 kali 27. Program Kariah Ramadhan Santai Bersama Belia di Dataran Kemerdekaan 2013M / 1434H 1 kali 28. Program Kariah Ramadhan Bersama Warga Industri 1 kali 29. Talk Show Merasai Nikmat Hidup Bertuhan 2 kali 30. Program Kariah Ramadhan : Program Khas Diskusi Muslimat 1 kali 31. Program Qiamulail Dan Munajat Perdana 1434H / 2013 1 kali 32. Program Munsyid Got Talent 1 kali 33. Program Perkaderan Pendakwah Warga Industri 1 kali 34. Kursus Kefahaman Dan Amali Dakwah 1 kali 35. Konvensyen Budaya Kerja Islam “Kem Mesra Ibadah” 1 kali 36. Program Kem SMART Akidah 1 kali 37. Forum Hijrah khas “Sempena Maal Hijrah” 1 kali 38. Program PROMISE 16 kali 39. Kuliah Dhuha 8 kali 40. Kuliah Bersama Umara’ di Rumah YAB Menteri Besar 5 kali 41. Kelas KAFA OKU 9 kali 42. Wacana Minda 9 kali 43. Program Little Caliph 1 kali 44. Program Super Aulad 1 kali 45. Kem Hijrah Remaja 1 kali 46. Diskusi Wanita 1 kali JUMLAH 131 kali 2
Lampiran B
BILANGAN PROGRAM DAN JUMLAH PESERTA PROGRAM SPIES MENGIKUT KATEGORI BAGI BULAN JANUARI HINGGA NOVEMBER 2013.
Bil Katogeri Peserta Bilangan Program Jumlah Peserta 1 Remaja 50 5,013 2 Belia 27 1,855 3 Penjawat Awam 21 846 4 Kepimpinan Masyarakat 16 713 5 Warga Pendidik 18 837 6 AJK Masjid 4 175 7 Ibu Tunggal 1 600 8 Keluarga 34 2,426 9 Mahasiswa / Pelajar IPT 9 348 10 Briged Amal 59 3,974 11 Kepimpinan Rumahtangga 18 774 12 Warga Industri 3 285 13 Kaum India 7 261 14 SPIES Masyarakat 6 1,050 Jumlah 273 19,157