Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
184) PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Selain dari program ANIS yang membantu anak berkeperluan khas, adakah kerajaan bercadang untuk membantu kelas kepada pelajar tahap 1 Sekolah Kebangsaan yang mempunyai masalah membaca dan mengira?
JPN Selangor mengambil maklum keprihatinan Yang Berhormat berkaitan masalah membaca, menulis dan mengira (3M) bagi membantu murid berkeperluan khas (khususnya), murid tahap 1 (amnya) .
Untuk makluman Yang Berhormat,
Selain daripada program di bawah kerjasama dengan Jabatan ANIS, Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor juga telah melaksanakan saringan Literasi dan Numerasi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Tahun 1 (berumur 7 tahun) serta program intervensi di Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif (PPI) mulai 18 Julai 2024 hingga 15 November 2024. Sebanyak dua (2) kali saringan dilaksanakan dan selepas saringan guru perlu melaksanakan intervensi menggunakan modul yang disediakan oleh pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM.
Instrumen Saringan dan Modul Intervensi yang digunakan untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) sama seperti Instrumen dan Modul yang digunakan untuk murid tipikal Tahun Satu oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Jumlah keseluruhan MBPK Tahun 1 yang sepatutnya disaring seramai 2085 orang. Namun, daripada jumlah keseluruhan tersebut, seramai 1890 MBPK Tahun 1 yang menduduki saringan dan yang tidak menduduki saringan seramai 195 orang. Oleh yang demikian MBPK Tahun 1 yang tidak menduduki saringan akan dilibatkan dalam saringan sesi kedua yang akan dilaksanakan pada akhir November 2024. Saringan literasi dan Numerasi ini adalah inisiatif daripada Bahagian Pendidikan Khas, KPM.
JPN Selangor telah melaksanakan pelbagai intervensi bagi menangani keciciran murid. Intervensi-intervensi yang diambil adalah menjurus kepada pembangunan dan pemantapan kefahaman murid-murid yang banyak memfokuskan kepada literasi dan numerasi. Literasi memfokuskan kemahiran membaca dan menulis, manakala kemahiran numerasi merupakan kemahiran mengira. Mengikut dapatan semasa, Pengesanan Awal Literasi dan Numerasi tahun 1, kadar murid yang tidak menguasai literasi dan numerasi di negeri selangor adalah 17622. Berikut adalah intervensi yang telah dilaksanakan bagi memastikan kadar yang dinyatakan dapat sentiasa diimbangi dan ditambah baik dari semasa ke semasa:
- Penggunaan Modul Pengayaan Literasi dan Numerasi bagi menarik minat murid. Terdapat 2 modul yang digunakan ;
- Modul Boleh Baca (BoBa) berfokus kepada literasi dalam mengukuhkan kemahiran asas membaca bagi murid yang belum menguasai kemahiran membaca.
- Modul BITARA merupakan modul yang mengandungi instrumen Pemulihan Khas bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik yang dihasilkan dengan mengambil kira kemahiran yang mudah kepada yang sukar. Modul tersebut, turut mengandungi panduan dan contoh untuk guru-guru membina item pentaksiran sendiri di sekolah masing-masing.
- Program latihan secara berterusan untuk guru;
PROGRAM MATAPELAJARAN SASARAN Bengkel Pelaksanaan Didik Hibur Bahasa Melayu 2 Jurulatih Utama Negeri, 20 Jurulatih Utama Daerah,
661 guru Bahasa Melayu tahap 1
Program Literasi Awal Sains dan Matematik (PLASMa) Matematik dan Sains Matematik 2 Jurulatih Utama Negeri untuk Matematik dan 2 Jurulatih Utama Negeri untuk Sains
20 Jurulatih Utama Daerah untuk Matematik dan 20 Jurulatih Utama Daerah untuk Sains
661 guru Matematik dan Sains tahap 1
Sains
2 Jurulatih Utama Negeri,
20 Jurulatih Utama Daerah
661 guru Sains tahap 1
Bengkel Pedagogi Berfokus Terbeza Bahasa Inggeris 2 Jurulatih Utama Negeri, 20 Jurulatih Utama Daerah,
661 guru Bahasa Inggeris tahap 1
Secara keseluruhannya, seramai 2732 telah mengikuti program di atas.
- Khidmat Bimbing Pengoperasian Pengesanan Awal literasi dan Numerasi secara berterusan dan berfokus telah dilaksanakan sepanjang tahun ini. Berikut senarai bimbingan yang telah dijalankan :
PROGRAM SASARAN Kunjung Bimbing Jabatan Pendidikan Negeri Selangor bersama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) - SK Seksyen 7 Bandar Baru Bangi
- SK Sungai Ramal Dalam
- SK Asli Bukit Cheding
- SK RTB Bukit Changgang
- SJKC Selayang Baru
- SK Saujana Utama
- SK Bukit Badong
- SK Cyberjaya
- SJKT Dengkil
PIC Pengesanan Awal Literasi dan Numerasi , JPN Selangor bersama – sama PIC Pengesanan Awal Literasi dan Numerasi PPD. - SJKC Han Ming
- SK Puchong Indah
- SK Seri Pristana
- SK Rasa
- SK Bukit Sentosa
- SJKC Lum Hua
- SK Seri Utama
PIC Pengesanan Awal Literasi dan Numerasi PPD Sekolah- sekolah yang mempunyai bilangan murid Intervensi Kurikulum Tahun 1 -
Senaraikan sekolah di Negeri Selangor yang mempunyai PPKI dan nyatakan bilangan Pelajar Berkeperluan Khas yang berada dalam kelas khas.
Sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Negeri Selangor berjumlah 198 buah sekolah rendah dan 104 buah sekolah menengah dengan jumlah keseluruhan sebanyak 304 buah sekolah. Berikut adalah bilangan sekolah berdasarkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Negeri Selangor.
Bil. PPD Jumlah PPKI sekolah rendah Jumlah PPKI sekolah Menengah Jumlah Sekolah 1 Gombak 23 13 36 2 Hulu Langat 30 15 45 3 Hulu Selangor 19 9 28 4 Klang 28 15 43 5 Kuala Langat 13 7 20 6 Kuala Selangor 14 7 21 7 Petaling Perdana 30 17 47 8 Petaling Utama 17 9 26 9 Sabak Bernam 14 6 20 10 Sepang 10 6 16 JUMLAH 198 104 302 -
Adakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk pembangunan sahsiah murid ketika masih di sekolah rendah?
Pembangunan sahsiah murid dianggap penting untuk membentuk individu yang seimbang dari segi intelektual, rohani, emosi, dan sosial. Berikut adalah beberapa inisiatif dan perancangan yang dijalankan bagi tujuan pembangunan sahsiah murid ketika masih di sekolah rendah
- Teras 2 dalam Teras Keunggulan Nadi KPM memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti. Pelaksanaan aktiviti dan program yang dijalankan menerapkan nilai Karamah Insaniah dalam Kurikulum, Kokurikulum dan aktiviti pembangunan sahsiah murid. Murid-murid perlu dipupuk dengan sikap baik, mengamalkan tingkah laku moral yang beradab dan sopan-santun.
- Pendidikan karakter yang akan dilaksanakan sebagai satu slot masa khusus dan berfokuskan kepada pembelajaran sosioemosi secara amali bermula dari prasekolah hingga peringkat menengah atas dalam kurikulum pendidikan 2027. Pendidikan karakter juga akan diterapkan dalam konteks pembinaan karakter bangsa Malaysia di mana fokus pembelajaran dan pembentukan karakter dalam pelbagai disiplin ilmu akan disesuaikan dengan setiap tahap persekolahan.
- Kempen Hentikan Buli dan Gangguan Seksual yang di inisiatif kan oleh KPM juga memberi perhatian kepada pembangunan sahsiah dalam aspek emosi dan kesihatan mental murid. Ia penting bagi mewujudkan persekitaran yang positif dan harmoni dalam kalangan murid. Manakala pelantikan duta sahsiah dalam kalangan murid sekolah juga berhasrat sebagai pemangkin pembentukan karakter karamah insaniah dalam pembentukan adab, akhlak dan integriti pelajar.
- SPI Bil. 12 Tahun 2023 Pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli Di Institusi Pendidikan Bawah KPM dijadikan sebagai panduan kepada pihak sekolah dalam usaha menangani buli di peringkat sekolah.
- Manual Kesedaran Sivik Dan Amalan Nilai Murni Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah yang dilancarkan oleh pihak kementerian bermatlamat untuk melahirkan murid yang bersahsiah unggul. Ia merupakan suatu panduan melaksanakan aktiviti bimbingan ke arah merekayasa amalan nilai murni dalam kalangan murid sekolah.
- Program Berfokus dirancang dan dilaksanakan di sekolah bagi tujuan peningkatan sahsiah murid di sekolah, antaranya:
o Amalan Guru Penyayang
o Program Mentor Mentee
o Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid (PPSDM)
o Bengkel Literasi kepada PGB, PPD, JPN
o Program Duta Sahsiah
o Kelab Pencegahan Jenayah
o Pembimbing Rakan Sebaya
o Program Remaja Unggul Aspirasi Negara
- Jalinan kerjasama dengan pelbagai agensi, Pertubuhan Kebajikan dan lain-lain juga dijadikan sebagai agenda untuk melaksanakan program berbentuk kemasyarakatan dan moral yang memberi impak kepada pembentukan sahsiah murid.