Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

189) PENDIDIKAN ANAK-ANAK SELANGOR DI TIMUR TENGAH

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Status pelajar terkini dan peruntukan yang telah disalurkan sehingga kini.

    Secara rasminya pelajar Selangor di Timur Tengah terbahagi seperti berikut:

    Negara Jumlah pelajar
    Mesir 1193 pelajar
    Jordan 118 pelajar
    Maghribi 25 pelajar

    Berikut adalah jumlah terkini pelajar tajaan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang menerima bantuan Dermasiswa Zakat Timur Tengah:  

    Bil Jenis Bantuan Asnaf Negara Jumlah Pelajar Jumlah

    Bantuan

    (setahun)

    1 Bantuan

    Dermasiswa

    Zakat Timur Tengah

    Fakir, Miskin,

    Mualaf &

    Fisabilillah

    (golongan pertengahan)

    Mesir 123 orang RM1,012,800.00
    2 Jordan 80 orang RM2,300,000.00
    3 Morocco 3 orang RM39,000.00
    4 Bantuan Pelajar Luar Negara Fisabilillah Mesir 819 orang RM2,684,500.00
    5 Jordon 67 orang RM261,300.00
    6 Morocco 15 orang RM58,500.00
      Jumlah Keseluruhan 1,107 orang RM6,357,100.00
  2. Adakah Kerajaan Negeri dan Lembaga Zakat Selangor berhasrat untuk menambah peruntukan tersebut kepada kemasukan pelajar-pelajar baru anak Selangor di masa hadapan?

    Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk melaksanakan program pinjaman boleh ubah kepada pelajar Timur Tengah. Untuk makluman, pada setiap tahun LZS telah menetapkan kuota bagi pelajar baru yang akan melanjutkan pengajian ke Timur Tengah berdasarkan kepada prestasi kutipan zakat di Selangor sebelum membuat tawaran Dermasiswa Zakat Selangor.

    Kuota ini memberi keutamaan kepada bakal pelajar dalam kalangan asnaf fakir, miskin, muallaf dan selebihnya adalah kepada golongan pertengahan yang menggunakan peruntukan asnaf fisabilillah.

    Selain itu, LZS turut menyalurkan bantuan zakat berbentuk one-off kepada pelajar persendirian yang menyambung pengajian ke luar negara, namun ia bergantung kepada keperluan dan prestasi kutipan zakat semasa di Selangor.

     

  3. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membeli/memiliki bangunan baru untuk keperluan kediaman pelajar-pelajar anak Selangor di Timur Tengah?

    Kerajaan Negeri belum berhasrat untuk membeli bangunan baru di Timur Tengah.

Lampiran

Tiada Lampiran.