Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

2) PENDIDIKAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan bagi membantu para pelajar ke Mesir (untuk pengajian Islam, perubatan dan lain-lain) setelah sesi pengajian di sana dibuka; i) Bagi pelajar-pelajar ijazah pertama yang belum memulakan pengajian ii) Bagi pelajar-pelajar ijazah pertama yang sudah berada di tahun kedua dan ke atas iii) Bagi pelajar-pelajar lepasan ijazah yang sudah berada di tahun kedua dan ke atas?

    Berikut adalah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam membantu pelajar-pelajar Selangor meneruskan pengajian mereka di

     

    Bagi pelajar-pelajar ijazah pertama yang belum memulakan pengajian, kerajaan pusat membuat keputusan tidak membenarkan penaja menghantar pelajar baru ke Mesir. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah memutuskan pelajar tajaan dermasiswa bagi pelajar perubatan ditempatkan di Universiti Industri Selangor (UNISEL) bagi mengikuti program Asasi Sains. Manakala pelajar pengajian islam pula di tempatkan di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Bagi pelajar persendirian tidak ada halangan sama ada untuk meneruskan pengajian di Mesir atau di Malaysia kerana mereka adalah di bawah tanggungan ibu

     

    Bagi pelajar-pelajar ijazah pertama yang sudah berada di tahun kedua dan ke atas, pelajar dermasiswa untuk perubatan mereka diberi pilihan sama ada ingin meneruskan pengajian di Mesir atau menyambung pengajian di Malaysia. Tajaan dermasiswa pelajar juga masih diteruskan mengikut kadar yang ditetapkan seperti di Mesir. Manakala pelajar dermasiswa pengajian islam yang menyambung pengajian di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

     

    Bagi pelajar lepasan ijazah, setakat ini Kerajaan Negeri belum lagi membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi membantu mereka kerana tiada

     

  2. Apakah langkah kerajaan untuk mencari pusat-pusat pengajian baru sebagai alternatif, dengan disesuaikan dengan subjek pengajian mereka?

    Antara langkah kerajaan untuk menempatkan pelajar di pusat pengajian baru adalah:

     

    Menjadikan KUIS dan UNISEL sebagai hub pendidikan bagi memenuhi keperluan pengajian

     

    Kerajaan Negeri melalui agensi Jabatan Agama Islam Selangor mengambil peranan dengan meninjau beberapa pusat pengajian di luar Negara, antaranya di Universiti Khortum of Sudan, Universiti Sumatera Utara dan Universiti-universiti di Negara Turki bagi pengajian perubatan. Manakala tinjauan juga dibuat di Negara Tunissia iaitu di Universiti of Zaitun bagi bidang pengajian Islam dan di Universiti Madinah Arab Saudi bagi bidang pengajian Bahasa Arab dan Al-Quran.

     

    iv) Bagi pelajar lepasan ijazah, setakat ini Kerajaan Negeri belum lagi membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi membantu mereka kerana tiada permohonan.

Lampiran

Tiada Lampiran.