Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
155) PENDIDIKAN
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah langkah kerajaan untuk menampung kebanjiran pelajar anak Selangor yang mahu melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi tetapi tidak mendapat tempat, dan tidak mendapat tajaan kewangan?
Di bawah Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan 2 institusi untuk menampung anak-anak Selangor yang ingin melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi, iaitu INPENS International College dan Universiti Selangor.
- Universiti Selangor pula adalah institusi milik penuh dan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Pada mulanya, Unisel ditubuhkan pada 24 Ogos 1999 dan mengambil 265 pelajar berdaftar. Selepas 10 tahun, jumlah pelajar telah meningkat kepada 14,000 orang. Pelbagai bidang yang telah ditawarkan oleh Unisel seperti bidang Sains dan Bioteknologi, Pendidikan dan Sains Sosial, Kejuruteraan, Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Media, Perniagaan, Biomedikal dan Sains Kesihatan serta Seni Industri dan Teknologi Rekabentuk.
Terkini, Unisel juga telah membuka ruang untuk pelajar Sijil Pelajaran Menengah (SPM), iaitu program peralihan pelajar aliran Tahfiz memasuki program professional anjuran Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) dengan kerjasama Unisel untuk menduduki kelas intensif Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
INPENS International College yang ditubuhkan pada 19 September 1993 dan merupakan institusi pengajian tinggi pertama yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Dengan 15 tahun pengalaman, INPENS menyediakan kursus yang pelbagai yang melibatkan kemahiran, seperti bidang Juruteknik Elektronik Industri, Mekanil Elektronik Industri, Pembantu Juruteknik Komputer, Juruteknik Sistem Komputer, Bidang Jahitan, Juruteknik Automatif Kenderaan Motor, Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal, Juruteknik Elektrik, Penyejukbekuan dan Penghawa Dingin, Dandanan Rambut dan Kecantikan serta Jurupulih Aestetik.
Kebanyakan pembelajaran di INPENS menekankan tentang kemahiran setiap bidang yang telah dinyatakan. Kursus-kursus yang diadakan juga memberi peluang kepada anak-anak Selangor yang kurang di dalam aspek pendidikan, tetapi kemahiran-kemahiran ini mampu memberikan mereka peluang pekerjaan yang luas setanding dengan graduan-graduan IPT yang lain.
.
Pada Mac 2006, INPENS bergerak ke hadapan dengan memberi tumpuan sepenuhnya kepada program berasaskan teknikal dan industri. Programprogram ini menyediakan pelajar dengan latihan vokasional, berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang diiktiraf oleh
Kementerian Sumber Manusia, dan kualiti yang dikawal oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Pelajar yang mendaftar diri dalam kursus-kursus ini akan mendapat pendidikan yang berkualiti kepada pengetahuan teknikal dan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran dalam industri di peringkat tempatan dan antarabangsa. Pelajar yang berjaya menamatkan kursus mereka akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM – Sijil Kemahiran Malaysia) kedua-duanya dari Kementerian Sumber Manusia dan INPENS.
Kerajaan Negeri Selangor juga telah menawarkan dua inisiatif untuk menolong anak-anak Selangor yang tidak berkemampuan daripada segi kewangan dengan menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan, iaitu Hadiah Pengajian IPT yang telah diadakan sejak 2008 sehingga kini dan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor yang tidak dikenakan faedah sama sekali.
- Tahun 2013 baru-baru ini, Kerajaan Negeri juga telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan peruntukan pinjaman dari 8.1 Juta kepada 16.2 Juta.
- Usaha Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi dibuktikan dengan meningkatkan perbelanjaan bagi Hadiah Pengajian IPT daripada 8 Juta ke 11 Juta yang akan diterima kira-kira 11,000 orang pelajar Selangor bagi menampung perbelanjaan dan kos ke pusat pengajian tinggi.
- Bagi institusi di bawah Kerajaan Negeri Selangor iaitu, Universiti Selangor, juga berkolaborasi bersama Yayasan Selangor bagi menaja pelajar-pelajar asasi yang baru diwujudkan oleh pihak UNISEL September ini.
- Kerajaan Negeri Selangor juga memperuntukkan pinjaman pelajaran di peringkat Sijil Kemahiran tanpa faedah. Kumpulan Perangsang sebagai anak syarikat Kerajaan Negeri juga telah mewujudkan program latihan kemahiran dan kursus-kursus berkaitan bagi mereka yang ingin terus masuk ke medan pekerjaan secara percuma.
- Bagi kakitangan penjawat awam yang berhasrat untuk menyambung pengajian juga, Kerajaan Negeri ada menyediakan pinjaman boleh ubah, iaitu, menjadi biasiswa bagi mereka yang lulus dan menjadi pinjaman bagi mereka yang gagal. Pinjaman boleh ubah ini diadakan sehingga tamat pengajian seseorang tersebut.
-
Apakah langkah kerajaan untuk memanggil pulang dan menyediakan peluang pekerjaan di tempat-tempat strategik kepada pakar-pakar ilmu yang sedang berkhidmat di luar negara?
Jejak Ilmuwan
Program ‘Jejak Ilmuan’ adalah usaha Kerajaan Negeri Selangor membawa ilmuan-ilmuan kepada masyarakat dan pelajar sekolah. Program ini merupakan program untuk menghimpunkan dan mengenalpasti ilmuwan, khususnya anak tempatan negeri Selangor yang sudah berjaya dalam bidang masing-masing agar dapat menyumbang idea dan kepakaran mereka untuk diketengahkan kepada masyarakat di semua peringkat di negeri Selangor. Manakal Program Tunas Ilmuwan merupakan salah satu aktiviti yang diletakkan di bawah Program Jejak Ilmuwan yang bertujuan untuk menjadikan Selangor sebagai pusat melahirkan ilmuwan dan cendekiawan dalam pelbagai bidang. Tema untuk program ini adalah ‘Merakyatkan Ilmuwan’.
Objektif Jejak Ilmuwan diadakan adalah:
- Merakyatkan ilmuwan – proses merakyatkan ilmu melalui ilmuwan.
- Mencari bakat muda yang berpotensi untuk diketengahkan.
- Membentuk dan mendidik bakal ilmuwan.
- Memperkenal perkembangan bakal ilmuwan oleh ilmuwan.
- Memperkenal dan menyelusuri rahsia kejayaan ilmuwan.
- Memperkenalkan institusi pendidikan di Negeri Selangor yang menyokong program tersebut.
Anjuran bersama “International Islamic Academy for Life Sciences and Biotechnology” (IAB) daripada Universiti Selangor, bagi menjalankan pelbagai aktiviti di dalam sains hayat bagi memupuk minat para pelajar ke arah bidang ini. ‘Bengkel Tunas Ilmuwan Selangor’ yang diadakan di makmal-makmal IAB di UNISEL Shah Alam diimplementasi secara serius dalam memberi pengetahuan dalam bidang bioteknologi. Semasa bengkel tersebut, pelajar-pelajar dari Kolej Integrasi Tunas Ilmuwan Selangor (KITIS) dan Maahad Integrasi Tahfiz Sains Istana Bandar (MITIB) di bawa ke UNISEL dan diberi pengalaman sebenar bekerja di makmal sebagai seorang saintis. Kedua-dua bengkel tersebut telah berjaya mendapat sambutan dan maklum balas yang sangat memberangsangkan bukan sahaja daripada para pelajar, malah juga daripada guru-guru pengiring di mana mereka telah memohon agar pihak IAB menganjurkan lagi bengkel seumpama itu.
Pencapaian rentetan daripada usaha ini, Kerajaan Negeri Selangor telah menandatangani beberapa perjanjian bagi perkongsian kemahiran dan penyelidikan di dalam bidang bioteknologi dan teknologi hijau hasil usaha lawatan ke Imperial College di London, University of Cambridge, iaitu Institute Of Manufacturing, Cambridge, Islamic Academy Of Cambridge dan Fakulti Perubatan dan Sains Hayat, University Of Manchester.
Selain itu, hasil dari dana endowmen yang telah diberikan secara terus kepada IPT Selangor pada tahun 2009, pada tahun 2010, 2 persidangan antarabangsa telah dilaksanakan iaitu International Conference Of Muslim Education (ICIED) pada 29, 30 November dan 1 Disember 2010 dan IAB-IAS International Symposium pada 8 sehingga 9 Disember 2010.
Jumlah ilmuan yang dapat dikumpulkan adalah seramai 132 orang serta bidang keilmuan adalah seperti berikut:
- Bidang Matematik
- Bidang Teknologi Cahaya
- Bidang Teknologi Angkasa
- Bidang Teknologi Bunyi
- Bidang Teknologi Komunikasi (Mobile)
- Bidang Teknologi Kimia
- Bidang Teknologi Bahan
- Bidang Sains Perhutanan
- Bidang Teknologi Alam Sekitar
- Bidang Teknologi Elektrik & Elektronik / Digital
- Bidang Teknologi Multimedia
- Bidang Teknologi Sekuriti Maklumat dan Forensik
- Bidang Ekonomi
- Bidang Pendidikan dan Sosial
- Bidang Farmasi
- Bidang Bioteknologi
- Bidang Seni Grafik
- Bidang Kejuruteraan (Knowledge Engineering)
Buat masa ini, ilmuan-ilmuan terbabit masing-masing berkhidmat dengan universiti tempatan dan terlibat dengan aktif dengan profesional masing-masing.
-
Mohon dibentangkan kejayaan program Ôjejak ilmuanÕ dengan menyatakan jumlah ilmuan yang berjaya dikumpulkan, bidang keilmuan mereka dan lokasi mereka berada.