Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

94) PENDIDIKAN

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha dalam mengurangkan bebanan pelajar dalam menjelaskan yuran pengajian terutamanya bagi pelajar yang menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR)?

    Kerajaan Negeri tidak mempunyai skim bantuan khas untuk mengurangkan beban pelajar dalam menjelaskan yuran pengajian di peringkat persekolahan. Namun begitu Kerajaan Negeri telah memberikan bantuan dalam bentuk modul pembelajaran melalui Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS). Sebanyak 30,000 modul pembelajaran untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 10,000 naskah untuk pelajar tahun 6. Bantuan ini telah membantu para pelajar untuk meneruskan pembelajaran secara Pembelajaran dan Pengajaran di rumah (PdPR) meskipun tanpa peranti dan akses internet.

  2. Adakah kerajaan akan menambah kuota penerima pinjaman pelajaran dan hadiah pengajian IPT Selangor?

    Kuota penerima Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Dalam Negara adalah sebanyak 1,000 orang setahun. Pada tahun 2021, sebanyak 858 permohonan telah diterima. Buat masa ini, untuk kuota Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Dalam Negara, Kerajaan Negeri tiada cadangan untuk menambah peruntukan kuota tersebut. Bagi program Hadiah Pengajian IPT, Kerajaan Negeri akan meneliti berkaitan dengan penambahan kuota penerima bagi hadiah pengajian IPT. Namun begitu ia tertakluk kepada kewangan semasa Kerajaan Negeri dan jumlah pemohon yang layak

Lampiran

Tiada Lampiran.