Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

15) PENDIDIKAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk menjalankan program SPIES kepada semua tahap sasaran untuk semua peringkat dan lapisan sasaran tahun 2008 hingga 2010?

    1. Program holistik Pembangunan Modal Insan Selangor SPIES merupakan satu agenda penting kerajaan negeri yang bertujuan untuk melahirkan rakyat yang berkualiti, berdaya maju, berdaya saing dan cemerlang. Selain itu, program ini dapat mencegah dan mengatasi gejala sosial yang telah merebak dan menular di kalangan masyarakat di Selangor. Gagasan pembangunan fizikal yang lestari telah dirancang dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri perlu disepadukan dengan pembangunan modal insan yang holistik, sebagai penjana kemajuan dan kejayaan dunia akhirat. Oleh itu, Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan peruntukan yang berpatutan bagi melaksanakan program

    Bermula tahun 2008 sehingga 2010 sebanyak 587 sesi kursus telah  berjaya  dilaksanakan dengan melibatkan perbelanjaan berjumlah RM11,756,225.00. Maklumat terperinci berkenaan pelaksanaan program tersebut adalah seperti berikut :

    Jadual 1: Pencapaian program SPIES tahun 2008

     

     

    KATEGORI PESERTA

     

    BILANGAN PROGRAM

     

    JUMLAH PESERTA

     

    KOS (RM)

    Kanak – kanak 4 411 82,200
    Belia 23 2303 460,600
    Ibu bapa 6 714 142,800
    Warga Industri 2 160 32,000
    Ketua Kampung 3 330 66,000
    Setiausaha JKKK 2 365 73,000
    Pendidik 7 850 170,000

     

     

     

     

    KATEGORI PESERTA

     

    BILANGAN PROGRAM

     

    JUMLAH PESERTA

     

    KOS (RM)

    Remaja 7 700 140,000
    Mahasiswa 12 1200 240,000
    DUN 1 150 30,000
    Pegawai JAIS 2 135 27,000
    Siswa 1K 4 400 80,000
    Pimpinan Pelajar 2 200 40,000
     

    JUMLAH

     

    75

     

    7918

     

    1,583,600

     

     

    Jadual 2: Pencapaian SPIES tahun 2009

     

    PROGRAM SPIES BILANGAN PROGRAM JUMLAH PESERTA KOS (RM)
    Masyarakat 1 60 13,800
    Belia 91 7339 1,687,970
    Alumni SPIES Belia 19 1670 384,100
    Remaja 47 1597 367,310
    Alumni SPIES remaja 10 931 214,310
    SPIES Kepimpinan

    /Penjawat Awam

    42 3217 739,910
    Ibu bapa 10 2000 200,000
    Warga Emas 1 50 5,750
    Ibu Tunggal 2 200 23,000

     

     

     

     

     

    PROGRAM SPIES BILANGAN PROGRAM JUMLAH PESERTA KOS (RM)
    Pendidik 17 1615 371,450
    Pelajar IPT 3 253 58,190
    Alumni SPIES Kepimpinan 1 24 5,520
    SPIES Siswa 1K 5 294 67,620
    SPIES Siswa 11 829 190,670
    SPIES AJK Masjid 5 366 84,180
    SPIES Biro Pemuda (JKKK) 11 880 202,400
    JUMLAH 276 21,325 4,616,000.00

     

    Jadual 3 : Pencapaian SPIES 2010

     

    PROGRAM SPIES BILANGAN PROGRAM JUMLAH PESERTA KOS (RM)
    Remaja 49 4,412 968,140
    Belia 22 1,831 405,835
    Penjawat           Awam (SKPA) 118 9,088 2,090,240
    Pemimpinan Masyarakat 3 227 52,210
    Warga Pendidik 42 3,824 819,100
    Ajk Masjid 8 870 171,350
    Ibu tunggal 6 600 69,000
    Ibu bapa 17 1,750 191,590

     

     

     

    PROGRAM SPIES BILANGAN PROGRAM JUMLAH PESERTA KOS (RM)
    AJK JKKK 7 306 74,130.00
    Mahasiswa / Pelajar

    IPT

    7 590 133,860
    Alumni Spies

    **Briged Amal

    10 1,183 121,170
    Kaum India 3 2,000 460,000
    JUMLAH 292 26,454 5,556,625.00
  2. Berapakah jumlah konsultan yang dilantik telah terlibat?

    Dalam usaha memastikan pelaksanaan program SPIES memberi impak yang positif, Kerajaan Negeri Selangor telah melantik konsultan yang berkelayakan dan berpengalaman bagi mengendalikan program ini. Oleh itu, pada tahun ini (2011) sebanyak 23 buah syarikat konsultan telah dilantik dan pelantikan ini  adalah  berdasarkan kepada kriteria – kriteria berikut :

     

    1. Lulus ujian kelayakan iaitu ujian bertulis dan temuduga yang telah diadakan pada 2 hingga 4 Februari 2009 bertempat di Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor;

     

    1. Mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 5 / 2009; dan

     

    • Mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Perbendaharaan Negeri

     

    Selain itu, proses pemilihan konsultan ini juga telah di audit oleh pihak SIRIM dan berjaya mendapat pensijilan ISO 9001 – 2008 (Quality Management Systems – Requirements).

Lampiran

Tiada Lampiran.