Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
138) PENDIDIKAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa jumlah pelajar di Negeri Selangor yang tidak meneruskan pengajian ke sekolah?
- Jumlah pelajar di Negeri Selangor yang tidak meneruskan pengajian di sekolah adalah seperti berikut :
Sekolah Menengah
BIL SEBAB JUMLAH 1 Bekerja 183 2 Berhenti Sekolah 10094 3 Berkahwin 19 4 Kemiskinan 9 5 Masalah Keluarga 123 6 Sukar Ke Sekolah 43 7 Takut Ke Sekolah 11 8 Tidak Berminat Ke Sekolah 549 JUMLAH 11031 Sekolah Rendah
BIL SEBAB JUMLAH 1 Bekerja 7 2 Berhenti Sekolah 863 3 Berkahwin 2 4 Kemiskinan 15 5 Masalah Keluarga 198 6 Sukar Ke Sekolah 29 7 Takut Ke Sekolah 8 8 Tidak Berminat Ke Sekolah 128 JUMLAH 1250 -
Apakah tindakan kerajaan negeri untuk memastikan pelajar sekolah yang bekerja tidak ketinggalan dalam akademik?
Tindakan kerajaan Negeri untuk memastikan pelajar sekolah yang bekerja tidak ketinggalan dalam akademik melalui Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS). Program ini boleh dilaksanakan dengan waktu pelaksanaan yang fleksibel tertakluk kepada waktu yang ditetapkan oleh sekolah masing-masing. Disamping itu, program ini juga dilaksanakan kepada pelajar yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah.
-
Adakah wujud sistem bagi membantu pelajar sekolah yang mempunyai masalah kewangan atau kewarganegaraan?
Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPN Selangor), buat masa ini JPNS tidak mempunyai sistem yang khusus untuk membantu pelajar sekolah yang mempunyai masalah kewangan atau kewarganegaraan. Tetapi JPN Selangor mempunyai satu mekanisma untuk membantu pelajar-pelajar berkenaan yang layak untuk mendapat bantuan. Antaranya melalui program Rancangan Makanan Tambahan (RMT), tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP), program susu sekolah dan lain-lain lagi. Pelaksanaan Program Ziarah Cakna saranan Kementerian Pendidikan Malaysia oleh pihak sekolah dalam bertanya khabar dan memberi penerangan kepada keluarga untuk anak2 mereka bersekolah. Pihak Jabatan/Pejabat Pendidikan Daerah/Sekolah mengalu-alukan murid yang ingin bersekolah semula dan permohonan tersebut boleh dilakukan di ppd dan jabatan.Bagi sekolah-sekolah yang mempunyai task force kepada isu murid berisiko cicir (murid yg kerap tidak hadir ke sekolah kerana bekerja) intervensi dilaksanakan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) dengan mengunakan modul yang dinamakan Modul Sudi.