Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

178) PENDENGARAN AWAM UNTUK PENDUDUK PROJEK ECRL

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Selangor bercadang untuk membuat satu Pendengaran Awam terutama kepada penduduk yang terlibat dengan projek ECRL di Serendah?

    Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan pelaksanaan sesi pendengaran awam atau “Town Hall Meeting” bagi projek-projek pembangunan yang berskala besar, memberi impak atau melibatkan kepentingan awam.

    Bagi projek ECRL di Serendah, setelah Pengambilan Tanah di bawah Seksyen 8 diwartakan, pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) akan menjemput MRL Sdn Bhd untuk membuat Pendengaran Awam (Town Hall) kepada penduduk yang terlibat secara langsung terhadap jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Lampiran

Tiada Lampiran.