Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

169) PENDENGARAN AWAM CADANGAN PENYAHWARTAAN HUTAN SIMPAN KEKAL KUALA LANGAT UTARA (HSKKLU)

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah keluasan Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara (HSKKLU) yang sebenar dan cadangan yang hendak dinyahwartakan?

    Setelah pengukuran halus dilaksanakan oleh Jurukur bertauliah yang dilantik, keluasan Hutan Simpan Kuala Langat Utara pada masa kini adalah berjumlah 1,254.64ha @ ±3,098.96 ekar. Daripada jumlah keluasan ini, seluas ±240ha @ ±592.8 ekar adalah merupakan Kg. Orang Asli Pulau Kempas dan ±6ha @ ±14.82 ekar adalah merupakan Kampung Orang Asli Bukit Kecil. Daripada jumlah tersebut, seluas ±991.90 ha @ ±2,450 ekar kawasan hutan simpan ini yang terlibat dengan cadangan pemansuhan Hutan Simpan Kuala Langat Utara.

  2. Siapakah yang dijemput hadir untuk proses pendengaran awam cadangan Penyahwartaan HSKKLU?

    Proses pendengaran awam bagi cadangan penyahwartaan HSKLU yang telah diadakan pada 28 dan 29 September 2020 yang lalu telah melibatkan wakil individu seramai 80 orang, wakil komuniti seramai 10 orang, wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) seramai 24 orang dan wakil agensi/ Jabatan Kerajaan/ ADUN seramai 4 orang.

Lampiran

Tiada Lampiran.