Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

127) PENDEKATAN MENINGKATKAN BUDAYA MEMBACA

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah pendekatan yang sedang dan dirancang oleh pihak Kerajaan Negeri untuk meningkatkan budaya membaca dan sejauh mana peruntukan diberikan kepada institusi perpustakaan untuk menggiatkannya?

    Bagi merealisasikan hasrat Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dr. Maszlee Malik, ke arah Dekad Membaca Kebangsaan #MalaysiaMembaca, Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan #SelangorMembaca pada 2 Mac 2019, di Pesta Buku Selangor  baru-baru ini.

     

    #SelangorMembaca akan diperkasakan dengan:

    • Program Jom Baca Bersama 10 Minit (yang telah dimulakan inisiatifnya sejak tahun 2010 oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor)
    • Program-program perkongsian ilmu, dan
    • Pertandingan “Baca, Ulas, Kongsi.”

     

    Program-program #SelangorMembaca akan dilaksanakan secara usaha sama oleh Jawatankuasa Pendidikan Negeri dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, bersama agensi dan jabatan kerajaan.

     

    Alhamdulillah, di bawah Agenda Pencerahan Selangor, Kerajaan Negeri Selangor telah pun memulakan inisiatif terjemahan karya agung antarabangsa sejak tahun 2015, dan seterusnya menjayakan usaha mengaudiokan buku-buku terjemahan ini dan karya agung lain.

     

    Sehingga kini, sebanyak 29 judul buku karya agung telah diterjemahkan, dan sebanyak 37 buku karya agung dan buku terjemahan telah diaudiokan.

     

    Jumlah peruntukan terkumpul bagi Agenda Pencerahan Selangor dari tahun 2015 hingga 2017, masing-masing berjumlah RM2.8 juta untuk inisiatif terjemahan karya agung, dan sebanyak RM2.85 juta untuk inisiatif buku audio karya agung.

     

    Di samping itu, melalui Jawatankuasa Pendidikan Negeri Selangor, sebanyak RM150,000.00 disalurkan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bagi pelaksanaan Pesta Buku Selangor dan Gerakan Membaca di daerah-daerah seluruh negeri.

     

    Selain itu, sebanyak RM150,000.00 daripada bajet pengurusan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, diperuntukkan bagi pelaksanaan program-program meningkatkan budaya membaca di seluruh negeri dan di peringkat kebangsaan.

     

    Bagi tahun 2019, di antara program yang telah dijalankan dan dirancang oleh PPAS ialah seperti berikut:

     

    Bil Program Dan Aktiviti Tarikh
    1 Seminar Skor A: Ke Arah Membina Kecemerlangan Pelajar Kolaborasi bersama SMK TTDI Jaya, Shah Alam 28- 30 Jan 2019
    2 Pesta Buku Selangor 2019

     

    28 Feb –10 Mac 2019
    3  Mini Karnival Pendidikan Peringkat Negeri Selangor di 10 daerah  Mac – Jul 2019
    4 Jom Baca untuk 10 Minit / Lets Read Together for 10 minutes 23 April 2019
    5 # World Quran Hour: Misi Al Kahfi 30 Mei 2019

     

    6 Majlis Tilawah Al-Quran Braille 2019 1 Jun 2019

     

    7  Festival Buku Dan Kanak-Kanak (FESBUK) 2018. 5 – 7 Julai 2019
    8 Memori Kemerdekaan 16 Ogos 2019
    9 #Merdeka Quran Hour 30 Ogos 2019

     

    10 Literasi Maklumat bersama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor (BTPNSEL) sempena Anugerah NILAM Negeri Selangor 27 Ogos 2019
    11 Bulan Bahasa Kebangsaan 26 Oktober 2019
    12 Karnival Pendidikan

     

    8 -10 November 2019

    Di samping program-program ini, Kerajaan Negeri mengalu-alukan semua agensi kerajaan bekerjasama dengan PPAS agar dapat meningkatkan lagi budaya membaca di kalangan masyarakat, melalui program/ aktiviti galakan membaca yang lebih kreatif.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.