Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
293) PENDATANG TANPA IZIN (PATI)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah jumlah tangkapan mengikut daerah, yang telah dibuat sepanjang tahun 2020 - 2023.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Selangor sentiasa mengambil langkah proaktif berhubung dengan isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di seluruh Negeri Selangor.
Sepanjang tempoh tiga (3) tahun iaitu dari tahun 2021 hingga 2023 seramai 4,316 orang PATI telah ditangkap atas kesalahan – kesalahan di bawah :-
- Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (tiada dokumen yang sah).
- Seksyen15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (tinggal lebih masa).
- Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 (salah guna pas).
TAHUN 2021 BIL DAERAH JUMLAH 1 SABAH BERNAM 5 2 HULU SELANGOR 8 3 KUALA SELANGOR 13 4 GOMBAK 0 5 HULU LANGAT 32 6 PETALING 179 7 KLANG 68 8 KUALA LANGAT 8 9 SEPANG 2 TOTAL 315 Jadual 1 : Statistik Tangkapan Tahun 2021 TAHUN 2022 BIL DAERAH JUMLAH 1 SABAH BERNAM 0 2 HULU SELANGOR 8 3 KUALA SELANGOR 8 4 GOMBAK 70 5 HULU LANGAT 198 6 PETALING 1,399 7 KLANG 300 8 KUALA LANGAT 69 9 SEPANG 32 TOTAL 2,084 Jadual 2 : Statistik Tangkapan Tahun 2022 TAHUN 2023 BIL DAERAH JUMLAH 1 SABAH BERNAM 0 2 HULU SELANGOR 5 3 KUALA SELANGOR 20 4 GOMBAK 129 5 HULU LANGAT 329 6 PETALING 988 7 KLANG 323 8 KUALA LANGAT 68 9 SEPANG 55 TOTAL 1,917 Jadual 3 : Statistik Tangkapan Tahun 2023
-
Strategi kerajaan negeri menanganinya?
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Selangor sentiasa memberi perhatian serius berhubung isu kebanjiran warga asing terutamanya Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di seluruh Negeri Selangor. Di peringkat JIM Negeri Selangor, tindakan penguatkuasaan yang berterusan sentiasa dilaksanakan berdasar aduan-aduan awam yang telah diterima bagi menangani isu kebanjiran warga asing ini. JIM Negeri Selangor sentiasa memberikan kerjasama dan menyokong segala tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menangani isu kebanjiran warga asing terutama yang melibatkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). JIM Negeri Selangor mengingatkan kepada orang awam tindakan tegas akan diambil atas mana-mana pihak yang melindungi PATI dan mengalu – alukan sebarang maklumat berkaitan PATI disalurkan ke saluran yang sedia ada.