Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

148) PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI)

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah kerajaan negeri mengekang kebanjiran PATI di Selangor?

    Kawalan dan penguatkuasaan berkaitan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) adalah di bawah kuasa mutlak Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri. Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang peruntukan perundangan bagi mengekang kemasukan dan kebanjiran PATI.

  2. Apakah usaha kerajaan negeri bagi membendung pemilikan premis perniagaan oleh warga asing di Selangor?

    Secara dasarnya, Kerajaan Negeri tidak membenarkan pemberian lesen perniagaan kepada warganegara asing mahupun PATI. Namun sikap rakyat Malaysia yang telah ‘mengalibabakan’ lesen perniagaan kepada PATI untuk mendapatkan keuntungan dengan cara mudah. Ini menyebabkan PATI dapat menjalankan perniagaan dengan mudah tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa.

    Sekiranya pemilik lesen perniagaan didapati telah melanggar peraturan ini, Kerajaan negeri melalui PBT akan menyita barang perniagaan dan mengambil tindakan tegas membatalkan lesen perniagaan dengan serta merta.

Lampiran

Tiada Lampiran.