Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
73) PENDATANG ASING
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk menangani isu pendatang asing tanpa izin di Selangor?
Bagi mengatasi isu pendatang asing tanpa izin di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri telah melaksanakan operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen. Sepanjang tahun 2024, 1,529 operasi telah dijalankan di seluruh Negeri Selangor bagi menyemak status permit warga asing yang berada di negeri ini.
-
Apakah kerjasama yang dijalankan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat dalam isu pengurusan pekerja asing?
Bagi mengatasi isu pengurusan pekerja asing, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melaksanakan operasi bersepadu secara berkala bersama-sama dengan Jabatan/Agensi Kerajaan seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaaan (AADK) untuk memastikan pihak majikan yang menggaji pekerja asing dengan mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.
Selain itu, bagi memastikan pemantauan ke atas pekerja asing dilaksanakan dengan lebih berkesan, Kerajaan Negeri telah menggunapakai Garis Panduan Perancangan (GPP) Penginapan Pekerja Berpusat (Centralised Labour Quaters – CLQ) dan Prosedur Permohonan Bagi Penyediaan Penginapan Pekerja Secara Jangka Pendek (Temporary Labour Quaters -TLQ) yang telah disediakan oleh PLANMalaysia.
Penyediaan asrama setempat untuk pekerja asing merupakan salah satu usaha yang dilihat berkesan dalam menangani masalah lambakan warga asing yang berkeliaran tanpa pemantauan. Dengan adanya asrama setempat, pekerja-pekerja asing dapat ditempatkan di kawasan yang terkawal di mana pemantauan dan pengurusan dilakukan dengan lebih teratur.
Langkah ini juga membantu untuk mengurangkan kesesakan dan masalah sosial di kawasan perumahan. Asrama setempat ini dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tempat tinggal yang selesa, kemudahan kesihatan dan kawasan reakreasi yang dapat meningkatkan kesejahteraan pekerja asing tersebut.